I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, April 27, 2011

Sayunya...

....بسم الله الرحمن الريم

Alhamdulillah...tiada ucapan yg dapat di ungkapkan selain syukur ke hadratNya. Perjuangan di buni UKM masih lagi jauh. Sedar tidak sedar, sem 4 di UKM sudah nak sampai ke penghujangnya. Tibe2 sayu sangat hari ini. Tanpa di sedari, hari ini merupakan hari terakhir aku bersama romate. Sem depan kami tidak lagi tinggal bersama. Maafkan akak ye. Sebelum pergi exam tdi, sempat lah bermaaf-maafan dengan Dayah..romate sepanjag thn 2 nih..Maafkan akak dik. Kalau ada bnyak buat silap dan membuatkan adik terasa. Hampir gugur air mataku di saat berpeluk dengannya. Mungkin bila bersama kita tidak merasa pun perasaan ini. Tapi bila berlakunya perpisahan barulah kita menyedari bahawa kita sayang sangat2 kat dia. So sebagai nasihat, hargailah mereka yg berada di sisi kita. Jangan pernah menyakiti mereka. jika kehilangan mereka barulah kita akan menyesalinya...

Maafkan akak atas segalanya. Sem depan akak minta kolej lain. Tidak mungkin kita akan tinggal bersama lagi. Pe2 pun perpindahan akak ke kolej lain bukanya sebab tak best duduk kat UO..Tpi ada sebab2 tertentu. Semoga Dayah akan meneruskan kecermerlangan di bumi UKM ini dengan jayanya. insyaAllah..akak yakin dayah mesti boleh..insyaAllah berlainan kolej sem depan, akak harap kita bleh lagi Bersahabat, Berjumpa, berFb, berMesej...

Maafkan akak ye. sebab akak sibuk sangat2 sem nih..sampaikan jarang duduk kat bilik. nak buat macam mana, sibuk kalahkan YB kan.hehe..kadang2 rasa serba salah meninggalkan Dayah keseorang di bilik..tpi dik, nak buat macam mana..huhuhu

Bile balik dari exam tdi, akak lihat semua barang dayah sdh tiada. Dayah sudah pun balik bercuti lama kat kg..hehe..cemburulah jgk. sebab Dayah abis exam awal..hehe. tpi nk buat mcm mne, kita bkn course sama pun. bile tengk ats meja tdi, terlihat barang kecil...emmm...so sweet..mungkin tuh hadiah Dayah tuk akak ye..terharunya. walaupun benda itu tiada apa2 maksud pun, air mata tetap mengalir laju di pipi...sayang Dayah..ungkapan yg tdk pernah terucap di hadapan Dayah kn..hehe..


Pe2 pun terima kasih banyak2 atas segala-galanya. Dayah banyak bantu akak. tolong angkatkan kain, tolong bangunkan akak, tolong belikan makanan..hehe..so sweet kn..

Semoga kita di pertemukan pada masa2 akan datang..^_~..

Wallahu'alam...

Friday, April 22, 2011

Virus-virus ukhwah...

Assalamualaikum.........

Alhamdulillah..ari nih selesai paper yang ke 6..tinggal 3 paper lagi.terus bersabar..kenapa sejak akhir2 nih, tak tahan duduk dalam dewan exam..sejuk sangat2..sampaikan terpaksa keluar awal..hehe..keluar awal bkn sbb boleh jawab tetapi sejuk.hehe..pe2 pun setakat nih dah buat yang termampu..semoga yang terbaik..insyaAllah....

jom. malam nih kita layari internet tuk cari ilmu2 yg berguna. tibe2 trklip dekat halaqah online..banyak sngt input yg berguna kat sana,....best..bleh menambhkan ilmu yang sememangnya perlu sentiasa di up date..kalau harapkan ilmu kuliah je, mana cukup. sebagai mahasiswa kita selalulah up date diri kita dengan ilmu2..tidak kira lah isu semasa ke, politik ke, agama ke...yang penting harus seimbang....

sekarang jom kita sama2 bace tentang virus-virus ukhwah...cuba muhasabah balik..adakah ini yang kita lakukan tuk sahabat2 kita. yang penting pandai2 lah hargai sahabat kita. indahnya hidup ini, jika di temani sahabat...

#################################################################

Tajuknya: Virus-virus Ukhuwah Pengarangnya: Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah Di sini adalah SEDIKIT mutiara-mutiara yang di dapati daripada karya HEBAT ini!

1. Ukhuwah adalah suatu NIKMAT yang diberikan oleh Allah SWT kepada umat Islam. "Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat itu, sebagai orang-orang yang bersaudara." (Ali 'Imran 3: 103)

2. Ukhuwah dan pertautan hati tak akan terikat tanpa perkenan izin oleh Allah SWT, hatta jika manusia membelanjakan segenap hartanya sekalipun.

"Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Al Anfal 8:63)

3. Ganjaran orang-orang yang berukhuwah dan mencintai kerana Allah sangat besar. "Orang-orang yang saling mencintai demi keagungan-Ku akan diberikan padanya mimbar dari cahaya yang dicemburui oleh para Nabi dan syuhada.” (HR Ahmad)

4. Namun, Ukhuwah yang terbentuk itupun kadang-kadang 'bisa' TERUNGKAI tatkala diserang virus-virusnya! Baiklah, berikut adalah tips-tips untuk MEROSAKKAN ukhuwah yang dapati daripada buku tersebut (saya hanya senaraikan sebahagian);

  • Berbicaralah pada Saudaramu dengan Nada yang Tinggi dan Kasar "Dan lunakkanlah suaramu, sesungguhnya suara yang paling jelek adalah suara keledai" (Luqman 31: 19)
  • Jangan Mendengar dan Jangan Menghargai Pendapatnya 'Atha' (ulama Salaf) pernah mengatakan; "Ada orang yang memberitahuku tentang suatu hadith, padahal aku telah mengetahuinya sebelum dia dilahirkan lagi, namun kesopanannya mendorongku untuk tetap mendengarnya hingga selesai."
  • Selalulah Berbantahan dengannya walaupun Sekecil-kecil Perkara "Tiada kaum yang menjadi sesat setelah mendapat petunjuk kecuali kerana mereka suka saling berbantah-bantahan. " (HR Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
  • Kritiklah dengan Keras Sehingga Perasaannya Terluka. Dr Abdullah Al Kathir pernah menceritakan; "Semua orang menyukai siapa saja yang memperbetulkan kesalahannya tanpa melukai perasaannya." Seorang pensyarah sedang mempersiapkan bahan ceramah yang akan disampaikan di dalam sebuah forum. Namun, bahan yang berhasil disusun olehnya terlalu panjang dan 'detail' sehingga mungkin akan membosankan para pendengar. Dia pun meminta penilaian isterinya, "Bagaimana pendapatmu mengenai bahan ceramah ini?" Dengan penuh bijak si isteri menjawab: "Bahan ceramah ini lebih layak dan sangat baik jika menjadi artikel untuk sebuah majalah ilmiah yang mengkaji tema-tema spesifik." Isterinya secara berhikmah, mengkritik bahan itu terlalu panjang...
  • Tegurlah Kesalahannya di Depan Orang Lain (Lagi ramai lagi BAGUS!) Imam Syafi'i pernah bersyair, Nasihatilah diriku di kala aku sendiri Jangan kau nasihati aku di tengah keramaian Kerana nasihat di hadapan umum Adalah sebahagian dari penghinaan Yang tidak suka aku mendengarnya Jika engkau enggan dan tetap melanggar kata-kataku Maka jangan menyesal jika aku enggan menurutimu
  • Perbanyakkan 'Negative Thinking' kepadanya dan Jangan Maafkan Kesalahannya Fudhail bin 'Iyadh berkata, "Siapa mencari sahabat tanpa cacat, nescaya sepanjang hidupnya tidak mendapat sahabat." Hasan bin Wahb berkata: "Di antara hak-hak ukhuwah adalah memaafkan kesalahan sahabat dan terbuka atas segala kekurangannya."
  • Jika ada Aib atau Rahsia yang Diketahui, Maka Sebarkanlah kepada Orang Ramai "Jika seseorang diberitahu oleh sahabatnya mengenai suatu hal, lalu ia pergi, maka hal tersebut telah menjadi amanah (rahsia yang mesti dijaga) baginya." (HR Daud, Tirmidzi dan Ahmad)
  • Mudahlah Untuk Berprangsangka yang Bukan-bukan Tentang Dirinya "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa" (Al Hujurat 49:12) Umar Al Khattab pernah berkata, "Janganlah berprasangka terhadap setiap ucapan yang keluar dari lisan saudaramu kecuali dengan prasangka yang baik, selama kamu masih mendapatkan celah kebaikan dalam ucapannya itu."
"ukhwah fillah abadan abada"

Wednesday, April 20, 2011

SEPI SEORANG IBU..

Tibe2 teringatkan kat mak...jom relex tension dri exam jap..jom sama2 kita hayati sepi seorang ibu,,bertapa agungnya jasamu...sayang sngt2 kat mak..rindu tk terungkap lagi..cume titisan air mata je mengiringi laju pipiku......

################################################

Sepi adalah suatu waktu yg tentu tidak memberi rasa selesa. Apalagi kita tidak tahu bila ia akan berakhir. Dan seorang ibu adalah seorang yg mungkin sangat sering mengalami itu dalam hidupnya, meskipun mungkin kita sebagai anaknya tidak menyedari.

Harus kita akui, bahawa kita memang seringkali lupa akan keberadaan ibu dan ayah yg ada di rumah. Jika dibandingkan dengan pasangan, perhatian kita kpdnya lebih banyak dan lebih intensif. Buktinya, kita selalu risau akan khabar pasangan kita, khuatir adakah dia sudah makan atau belum, takut adakah dia akan bahagia disisi kita?

Tapi, adakah kita juga pernah merisaukan khabar dari ibu dan ayah kita? Risau, adakah mereka sudah makan atau belum? Khuatir, adakah ibu dan ayah kita sudah bahagia atau belum? Rasanya jarang kita praktikkan. Padahal mungkin sahaja dia dalam dakapan rasa sepi.

Di sini, mari sejenak kita cuba renungkan lagi. Bicara soal keadaan ibu dan ayah. Soal rasa sepi yg seringkali menerpa hidupnya. Saat kita masih ada kesempatan untuk membalas budi mereka, lakukan yg terbaik untuknya. Untuk ibu yg pengorbanannya tak terhingga. Agar jgn sampai ada kata “menyesal” di kemudian hari.

Rasa Sepi Ketika Bersendiri Membesarkan Anak-anaknya

Ibu kita mungkin menjadi salah satu perempuan yg merasakan kesepian itu dalam mendidik anak-anaknya. Kita, dan beberapa beradik kita mungkin saja hari ini semua telah menjadi org-org berjaya; berpendidikan tinggi, berpangkat tinggi, atau mengurus sebuah bisnes besar.

Mari kita kenang sejenak rasa sepi ibu waktu itu, di mana terkadang dia harus menutupinya dengan sebuah ‘kebohongan’ untuk mengalihkan perhatian kita, agar ia tidak nampak lelah dan penat mengurus dan membesarkan kita.

Seorang anak yg telah dewasa menuliskan masa kecilnya tatkala bersama ibunya, yg tidak pernah kenal erti lelah bekerja untuk dirinya dan adik-adiknya. Saat itu mereka hidup dalam keadaan amat sederhana, bahkan utk makan saja, selalu kekurangan. Ketika sedang makan, ibunya seringkali memberikan bahagian nasinya utknya. Sambil memindahkan nasi ke pinggan anaknya, si ibu berkata, “Makanlah nak, aku tidak lapar.” Setelah dewasa, dia baru tersedar bahawa saat itu ibunya telah ‘berbohong’.

Hari-hari terus berjalan, hingga pada waktu yg telah digariskan, ayah meninggalkan kami utk selama-lamanya. Setelah kepergian ayah, ibu yg malang harus merangkap menjadi ayah, membiayai keperluan hidup kami sendiri dan tiada hari tanpa penderitaan. Hingga byk keluarga ibu yg menasihati ibu utk kembali menikah, tapi ibu yg menolaknya dengan mengatakan bahawa ia tidak perlu cinta, dan aku tahu saat itu ibu ‘berbohong’,” tulisnya, meneruskan ceritanya.

Perjuangan membesarkan anak adalah hari-hari yg penuh rasa sepi, dengan kesulitan yg terkadang belum boleh kita cerna saat itu, atau mungkin hari ini. Namun kita tidak pernah mencuba untuk mengingatnya, utk sekadar mengenang jasa manusia yg agung itu, yg telah memberikan segalanya utk kita.

Rasa sepi ketika ditinggalkan anak-anaknya merantau

setiap anak pada akhirnya akan menentukan pilihan hidupnya masing-masing. Dan kerana itu kita terpaksa meninggalkan kedua orang tua utk mencuba melepaskan diri dari ketergantungan kepada mereka. Ketika beranjak remaja atau dewasa, kita pergi merantau ke mana saja, utk tujuan apapun; menuntut ilmu, mencari rezeki, dan sebagainya.

Berawal dari sini, rasa sepi pun muncul dari relung hati seorang ibu. Anak yg sejak dari kecil diasuh penuh cinta, ditimang-timang dan dibesarkan, pergi jauh dari sisinya. Tak sanggup ia melarang, kerana hidup memang harus berubah dan berkembang. Ia lalu merelakan anaknya pergi merantau.

Ibu memang selalu merindukan kita. Sangat merindukan kita. Sampai bila-bila. Gambar wajah kita selalu hadir di benaknya, bermain-main di pelupuk matanya. Dia selalu melemparkan ingatannya ke masa-masa lalu yg indah ketika kita masih bersamanya, mengenang segala tingkah lucu kita yg menggores kesan indah di hatinya.

Rasa Sepi Ketika Anak-anaknya Telah Sukses dan Berdikari

Merantau mungkin awalnya hanya utk menimba ilmu dan pengalaman. Tapi seringkali di negeri orang, kita akhirnya menemukan kehidupan baru yg membuat kita harus bertahan. Di sana kita menemukan pekerjaan, profesi atau jabatan yg menjadikan kita tidak lagi bergantung kepada orang tua secara ekonomi. Atau mungkin kita telah menemukan pasangan hidup dan lalu membina keluarga sendiri, sehingga tidak lagi merasa perlu utk kembali dan hidup bersama orang tua di kampung halaman.

Keberhasilan dan kejayaan tentu selalu memberi perubahan, seperti perubahan pada keadaan kita yg sudah mampu hidup sendiri. Namun ibu yg mengantarkan kita kpd keberhasilan itu tetap dalam keadaannya yg dulu. Tak ada perubahan, kecuali fizikalnya yg kian lemah dan kulitnya yg semakin keriput. Sepi yg dulu dia rasakan, kini pun tidak jauh bezanya. Bahkan mungkin rasa sepi itu semakin bertambah, kerana kita semakin jarang mengunjunginya.

Rasa Sepi Ketika Anak Mengalami Kekeringan Spiritual

Kejayaan..tetapi tentu bukan hal itu yg paling membahagiakan seorang ibu. Selain kejayaan dan keberhasilan, seorang ibu sangatlah ingin melihat anak-anaknya tumbuh menjadi orang-orang soleh, berbakti dan berakhlak mulia, hidup dgn rukun satu sama lain. Itulah yg paling membahagiakan orang tua. Tak ada yg paling menyenangkan hatinya dan mententeramkan jiwanya selain melihat mereka tumbuh dalam ketaatan kepada Allah swt. Terlebih lagi ketika mereka telah berada di usia yg semakin senja; selalu ada harapan agar anaknya kelak tetap menyenangkan setelah kepergiannya, dalam doa dan munajatnya, memohonkan ampun untuknya.

Rasa sepi yg paling dahsyat akan dirasakan seorang ibu ketika ia tak menemukan kesolehan pada diri anak-anaknya. Saat beribadah tak ada yg menemani. Ketika berdoa tidak ada yang mengaminkan. Di waktu sakit tak ada yg mendoakan. Akhir hidupnya dihantui rasa takut akan kegagalan menuai pahala dari anak-anaknya.

Mari sejenak kita merenung di sini, adakah perempuan yg telah melahirkan kita itu, juga hidup dalam rasa sepi kerana orientasi hidup yg berbeza. Jangan merasa puas dengan hanya melihat senyumnya ketika kita menghadiahkan sebuah barang mahal, sebab boleh jadi dia merindukan sesuatu yg lebih sederhana tapi lebih berharga dari hadiah mahal yg kita berikan.

Rasa Sepi Ketika Anak tak Memahami Bahasa Hati Seorang Ibu

Kerana kita dan orang tua ditakdirkan lahir di generasi yg berbeza, menghuni zaman yg tak serupa, mengalami perubahan-perubahan budaya yg tak sama, terkadang memunculkan perbezaan-perbezaan yg membuat komunikasi orang tua dengan anak tak sefaham, kehendak yg tak seiring, dan fikiran yg tak sejalan.

Sejenak , mari kita bicara tentang keadaan ibu. Merenungkan rasa sepi yg ia derita kerana kita seringkali tidak memahami keinginannya. Jangan biarkan hari-harinya yg tersisa hanya diisi dengan lamunan. Jangan persingkat usianya dengan membiarkan rasa rindu yg tak kunjung terubati. Sekali lagi, mari kita bicara tentang keadaan ini, agar suatu saat nanti kita tak menyesali sikap acuh kita; ketika rasa sepi telah merenggut segalanya.

“ Ya Tuhanku, ampunilah dosa-dosaku dan dosa-dosa ayah ibuku, sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku sewaktu aku masih kecil ”.. Amiin T_T

Tuesday, April 19, 2011

saje2 wak tk busy..

Alhamdulillah..setelah sekian lama menyepi dari mencoret sesuatu, akhiranya malm ini terdetik juga. mungkin kerinduang yang teramat sanagt untuk mencoretkan sesuatu. emm..walaupun esok ada exam..he3x..hilangkan stress skit..

setelah berpenat lelah, 4 paper sdh berlalu. baki lagi 5 menanti..emm.banyk lagi tuh..tpi apa2 pe, arap2 dapat bersabar untuk sampai paper yg terakhir nnti. 28/4..tk sabar nk tunggu saat tuh..rindu sngat2 kat kg. kat mak, ayah, adik, ank sedara n semua..huhuhu..

tpi mungkin balik lewat sbb ada program piba..emmm...terus bersabar ye adah..

mcm mne lah exam esk???

hehe..jgn bnyk mengeluh..cpt2 stop menulis dan teruskan mengulangkaji ..hehe

~seorang pejuang tidak boleh mengeluh~

apa2 lps exam esok, nk teruskan berblogging nih..besttttttttttt....

wassalam..^_^..

Wednesday, April 13, 2011

diantara sahabat-sahabatku yang di sayangi..

diantara sahabat-sahabatku yang di sayangi..
di dalam kelas maharat