I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, April 28, 2010

cerita yg saya petik dari seorng hamba Allah..

Sekembali dari walimah, saya sempat bertemu dengan seorang sahabat., kami minum di PWTC selepas dia menghantar anaknya kepada bekas suami. Banyak cerita yang kami bualkan.. hinggalah dia meminta pandangan akan perihal cintanya, dia rasa serba salah dengan cinta barunya, hanya kerana dia seorang yang biasa saja.. sedangkan pasangan (bakal suami) seorang yang berkedudukan dan berpengaruh.

Saya tidak lansung membuatkan keputusan untuknya tapi saya berikan beberapa panduan. Saya minta dia bertenang dan berfikir sambil berkata dan berbual-bual dengan hatinya.. soal dan jawablah dengan diri sendiri., selain melihat faktor pendorong dan penyebab dia merasakan harus lari atau mengelak cinta yang datang…

Haruskan lari dari cinta? Kenapa? apakah kerana anda rasa tidak layak untuk dicintai atau rasa tidak mampu untuk memupuk cinta.? Atau kerana anda rasa cinta itu satu yang dimomokkan sebagai kotor dan sekadar mengundang masalah atau bencana?

Tidak .. 'kuasa cinta' sebenarnya sangat kuat. Dengan cinta kita terdorong menjadi manusia yang bersemangat dan bermotivasi, dengan cinta, hari yang suram akan terasa indah dan penuh warna warni. Dengan cinta seorang yang keras menjadi selembut manusia. Itu kalau cinta dibalas atau disemai dengan cara yang betul.

Pun ada ketika dengan cinta manusia bertukar watak sebaliknya, pembengis, panas baran, tidak terurus, yang ada kesuraman dan penuh kelabu. Tidak bermotivasi, tidak ceria dan penuh duka.. kenapa?

Kerana kita tidak meletakkan dan mengurus cinta dengan betul. Kita sering kesasar dalam mematlamatkan cinta. Untuk apa, bagaimana, kemana dan sampai bila cinta itu harus wujud. Kepada siapa diletakkan cinta? Kepada manusia? kepada Allah?

Ada waktu saya seakan menyampah bilamana bertemu orang yang terlalu melayan rasa dan perasaan kecewa. Konon tiada cinta yang suci, tiada cinta yang ikhlas, tiada cinta yang kekal. Itu bukan salah cinta.. itu salah manusia yang tidak tahu mengurus cinta. Malah ada yang kecewa dengan wanita atau lelaki lantas terus membuang cinta dan sering bila ada bicara cinta yang didengar., mulalah keluar ayat dan kata-kata ‘putus asa dan kecewa’.. hasil gambaran hatinya yang menderita kerana rasa diluka.

Cinta tidak memerlukan logik akal untuk terjadi., tidak perlu bertanya kenapa dan mengapa, bukan kita yang harus mencari jawapan kalau melihat cinta itu seakan pelik. asbab itu ada orang yang sempurna fizikal jatuh cinta kepada yang cacat, tua kepada yang muda. muda kepada yang tua.. juga melangkaui batas kemanusiaan yang normal.asbab itu cinta tumbuh tanpa syarat, sebab itu wujudnya cinta sonsang. tapi sebagai ummat Baginda saw. kita haruslah meletakkan agama sebagai panduan melayari cinta.



Walhal cinta adalah satu semangat yang baik untuk makhluk terus hidup malah permulaan kita (adam) dicipta juga kerana cinta Allah swt . teringat kisah dizaman Baginda dan sahabat...bilamana mereka tidak mahu menjalankan kehidupan sebagaimana biasa dan menolak kehidupan normal, semata-mata kononnya kerana ingin beribadah, membuktikan cintanya mereka kepada Allah swt.

“Sesungguhnya salah seorang daripada sekumpulan sahabat Nabi sallallahu alayhi wa sallam telah berkata, “Berkenaan dengan diriku, maka aku akan berpuasa dan tidak berbuka. Berkata seorang yang lain: Aku akan berQiyam di malam hari dan tidak akan tidur. Dan berkata lagi seorang yang lain: Aku pula, aku tidak akan mengahwini perempuan. Seorang lagi berkata: Aku pula, sekali-kali aku tidak akan memakan daging. Lalu Baginda Sallallahu alayhi wa sallam bangun dan berucap, lantas Baginda berkata, “Apa halnya dengan pemuda-pemuda yang setiap seorang mereka ini berkata begini begitu? Aku sendiri berpuasa dan berbuka, bangun malam dan aku juga seorang yang mengahwini perempuan juga aku memakan daging. Barangsiapa yang tidak ingin kepada Sunnahku maka dia bukan dari kalangan (pengikut)ku” (Dari Sunan al-Nasaa’ie, no. 3217)

walhal hidup bukan semata pengabadian untuk solat sahaja, puasa sahaja, pergi bertapa atau duduk dibiara tidak berkahwin, malahan sebenarya hidup itulah sudah dikira ibadah bilamana setiap pekerjaan dan nawaitu kita semata-mata kerana Allah. Sayangnya Allah kepada kita, bila bekerja itu pun ibadah, tidur juga satu ibadah, pandang wajah orang tua besar pahala, suami isteri yang berbalas senyuman pun dapat pahala.. waima aktiviti bilik suami isteri juga ibadah..


Moral : ingatlah,. Tidak perlu lari dari cinta, kerana cinta itu adalah anugerah Allah swt buat hambaNYA, kerana kita juga wujud dari sifat Allah yang Maha Pencinta. Rasa kasih dan sayang itu banyak dan berbilang-bilang. Kita boleh menyayangi teman dan kawan, kita boleh rasa kasih kepada handai dan taulan, kita rasa sayang dan simpati pada semua makhluk.. tapi rasa cinta itu satu.. dan berikan serta letakkan ia pada tempat yang betul dengan mendahulukan mencintai Allah swt dan Baginda Rasulullah saw ibubapa dan pasangan serta zuriat keturunan.

Justeru, pupuk dan bajai cinta kalian dengan betul dan berarah, dengan tenang dan doa. Dengan usaha dan tawakkal.. semoga rasa dan emosi itu dapat di tangani dengan betul dan berhemah,. Kerana cinta adalah kekuatan manusia. Sunnatullah, rasa dan keingian untuk disayangi dan menyayai itu wujud., Cuma ada kala dan ketika, kita belum bertemu dan diketemukan dengan orang yang betul,. Maka itu, bila sudah ditemukan Allah, bajai dan jagalah ia.. semoga bercintalah kalian sampai kesyurga...amin..


~Ummi Nur Jannah~
0022.29042010

No comments:

Post a Comment

diantara sahabat-sahabatku yang di sayangi..

diantara sahabat-sahabatku yang di sayangi..
di dalam kelas maharat