I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, August 31, 2010

Teknologi. Adakah wajar di ketengahkan kepada guru PIBA&PIPAQ di sekolah bagi proses P&P.

Assalamualaikum...
Salam ukhuwwah dan salam ramadan. Hari ini, saya dan rakan-rakan diamanahkan supaya menerbitkan satu post yang berkaitan isu teknologi kepada guru PIBA & PIPAQ. Jadi saya telah memilih tajuk teknologi, adakah wajar diketengahkan kepada guru PIBA & PIPAQ di sekolah bagi proses P & P.

Bagi saya ianya sangat-sangat wajar bahkan patut digalakkan . Teknologi merupakan alat yang penting kepada guru-guru bagi memastikan proses p&p didalam kelas berjaya mencapai matlamat yang diingini. Dengan bantuan teknologi tersebut, pelajar-pelajar akan mudah memahami tentang sesuatu topik. Bahkan para pelajar tidak cepat merasa bosan dengan aktiviti yang dijalankan.



Teknologi mampu merubah pedidikan kita

Kenapa saya katakan sangat wajar pengunaan teknologi dalam proses p&p kepada guru PIPAQ&PIBA :

1) Teknologi mampu membantu pelajar memahami tentang sesuatu subjek yang diajar dengan cepat.

2) Guru akan lebih mempunyai pengetahuan dan ilmu yang luas dan mendapat isu tentang sesuatu perkara dengan pantas.

3) pelajar akan berasa lebih seronok dan berminat untuk mengikuti sesi pelajaran pada masa-masa akan datang.

4) Pandangan masyarakat terhadap guru-guru PIPAQ&PIBA yang hanya sekadar mengajar dengan cara membaca buku teks dapat dibuang.
5) Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran.

Bagi saya, semua bakal-bakal guru sepatutnya digalakkan agar mempelajari ilmu-ilmu teknologi agar dapat diaplikasi semasa mengajar nanti. Kita seharusnya belajar dari sekarang dan bukannya menunggu apabila kita diberikan peluang mengajar nanti.

Adakah anda juga bersutuju dengan saya??? tepuk dada tanya hati..


AYUH RAKAN-RAKAN SEMUA, KITA PERSIAPKAN DIRI KITA DENGAN ILMU YANG SECUKUPNYA TERMASUK ILMU TEKNOLOGI.


WALLAHU'ALAM....

No comments:

Post a Comment

diantara sahabat-sahabatku yang di sayangi..

diantara sahabat-sahabatku yang di sayangi..
di dalam kelas maharat