I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, September 27, 2010

sEnyuM aDaLah SedeKaH


Rasulullah SAW bersabda bahawa anak keturunan Adam mempunyai kewajipan untuk bersedekah setiap hari sejak matahari mulai terbit.


Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya,

"Jika kami ingin bersedekah, namun kami

tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya?"


Rasulullah SAW bersabda,

"Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang

tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).


Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,

"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah

ibadah." (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).


Salah seorang sahabat, Abdullah bin Harith, pernah menuturkan tentang Rasulullah SAW,

"Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW." (HR Tirmidzi).


Walaupun ringan, senyum merupakan amal kebaikan yang tidak boleh diremehkan.

Rasulullah SAW bersabda, "Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apa pun, sekalipun itu hanya bermuka manis saat be

rjumpa saudaramu." (HR Muslim).


Mungkin kita sering berfikir bahawa sedekah itu berkaitan erat dengan harta benda seperti pemberian wang, pakaian, atau apa pun yang bisa langsung dinikmati penerima dalam bentuk bahan.Hal itu juga mungkin yang ada dalam fikiran para sahabat Rasulullah SAW, sehingga mereka sangat gelisah kemudian mempertanyakannya.


Oleh itu, tidak semestinya seorang Muslim membiarkan satu hari pun berlalu tanpa dirinya terlibat dalam kegiatan bersedekah.Jika kita punya wawasan sempit mengenai pengertian bersedekah, tentulah hal itu menjadi mustahil.


Di antara keistimewaan sedekah adalah menolak bala (musibah).


Dari Sayyid Ali Ar-Ridha, dari Sayyid Ja'far Ash-Shadiq, dari Sayyid Ali Zainal Abidin, dari Ali bin Abi Talib Radiyallahu Anhum, bahawa Rasulullah

SAW bersabda,"Sedekah itu dapat menghindarkan diri dari kematian yang tidak baik, menjaga diri dari tujuh puluh macam bencana. "

Wallahu alam Semoga kita bisa mengamalkan in

i dalam kehidupan kita.


Sunday, September 19, 2010

percubaan membuat kulit buku...chaiyok3x..

PINK VS OREN
Setelah berpenat lelah belajar melalui internet, akhirnya ada peningkatan.walaupun sedikit, tapi yang penting ada perubahan.hehe...percubaan kulit buku yang ke berapalah nih..tapi rasa macam ada kekurangn lagi.teruskan berusaha..terus berusaha.

...

Raye bersama the geng 4/5 science 2



Alhamdulillah.syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya ramadan kali ini berjaya di lalui hingga ke hujung. namun berjaya kah amalan-amalanku di terima di sisinya. Masih banyank kekurangan dan kelemahan yang perlu di perbaiki..dan ku berharap agar, diriku masih sempat untuk menyambut ramadan yang akan datang nanti.insyaAllah..
walaupun kesedihan kerana pemergian bulan yang mulia, namun kedatangan syawal di sambut dengan sebaiknya. Saat -saat di hari mulia ini memang sangat -sangat ku nantikan. Hari itu lah kami sekeluarga dapat berjumpa mata dan saling bermaafan. Abang, kakak, adik, saudara mara yang berjauhan turut pulang untuk meraikkannya.

Pada hari raya ke empat, seperti yang di rancangkan kami berjaya menjayakn reunion ex 4/5 SCIENCE 2 yang bertempat di pantai irama. kehadiran rakan-rakan yang lain, mengubat rindu di hati. terima kasih tak terhingga kepada pengarah program, hehe iaitu bela kerana bersusah payah mengadakan perjumpaan ini..sayang bela n semua..

semoga pertemuan itu, akan di sulami dengan ukhwah yang semakin mene
bal dan dapat mencetuskan lagi pertemuan2 yang akan datang.

Monday, September 6, 2010

salam aidilfitri salam kemaafan..



Selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua sahabat2 yang mengenali diri ini...
semoga Ramadan yang bakal berlalu memberi seribu pengertian kepada kita dan kita berjaya mengharunginya dengan jayanya..insyaAllah.

diantara sahabat-sahabatku yang di sayangi..

diantara sahabat-sahabatku yang di sayangi..
di dalam kelas maharat
There was an error in this gadget