I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, April 29, 2010

saat yang di nanti

Dalam 1 jam lebih lagi, saya akan menghadapi exam yang terakhir untuk sem ini...semua pengalaman sem ini di lalui dengan penuh kegembiraan, kesedihan, kestressan dan sebagainya. syukur ke hadrat ilahi, kerana dengan limpahnya, saya dapat meneruskan perjuangan walaupun hampir tertewas dan terjatuh.terima kasih kepada kawan2 yang banyak membantu. thank a lot to Raihan, Nadhirah, fiz, qhairina, suhaida, nurul akma, kawan2 PIBA semua, pimpinan PERDANA sesi baru dan sesi lepas, pimpinan persatuan silat cekak Ustaz Hanafi, dan geng2 silat cekak semua. segala kenangan akan tetap di simpan di sanubari...Pada sem kedua ini sangat mencabar bagi saya..di sini saya terpaksa menbahagi masa dengan sebaik2nya...mungkin sebelum ini, saya tidak suka untuk menbuat jadual masa..tapi insyaAllah pada masa akan datang akan di cuba..pada sem ini jugak. saya dapat mengetahui apa itu DAKWAH secara mendalam dan terperinci..Mungkin sebelum ini, saya pernah mendengar kalimah DAKWAH itu. cuma bab kata , seperti masuk telunga kanan dan keluar telinga kiri. dengan mempelajarinya baru saya ketahui yang tugas DAKWAH bukan tugas yang mudah..ia memerlukan pengorbanan dan kesetiaan yang sangat tinggi dalam memastikan ISLAM terus mekar di bumi ALLAH ini...emm...semoga saya terdiri di kalangan mereka2 yang sabar dalam menyeru agama Allah dengan semangat juang yang tinggi.walaupun sekarang cume ada semangat dan tidak cube di praktiskan...sem ini, saya belajar apa itu dakwah, tujuan dakwah, cabaran2 dakwah dan banyak lagi..mungkin sebelum ini saya cuma tahu apa itu dakwah je..kerana di sekolah pun ada persatuan badan dakwah.cuma saya yang tidak cuba melibatkan diri dalam persatuan tersebut.Ya Allah..baru ku tahu yang tugas dakwah wajib kepada semua..semoga kesedaran yang sedikit ini belum terlambat tuk kembali kepadaNya...harap2 kenangan sem 2 di ukm ni akan menjadi kenanagna yang terindah dalam diari hidup ini..sem 2 ni, saya mula berpersatuan..banyak memang banyak..sampaikan keluarga kat kampung semua terkejut..mereka bukan apa, cuma takut, aku yang tidak larat menghadapinya..syukran mak, ayah, adik, akak, abang n semua..dorongan kalian akan tetap di hatiku...tak sabar nak bertolak balik kelantan nanti..mesti banyak yang berubah..

Wednesday, April 28, 2010

cerita yg saya petik dari seorng hamba Allah..

Sekembali dari walimah, saya sempat bertemu dengan seorang sahabat., kami minum di PWTC selepas dia menghantar anaknya kepada bekas suami. Banyak cerita yang kami bualkan.. hinggalah dia meminta pandangan akan perihal cintanya, dia rasa serba salah dengan cinta barunya, hanya kerana dia seorang yang biasa saja.. sedangkan pasangan (bakal suami) seorang yang berkedudukan dan berpengaruh.

Saya tidak lansung membuatkan keputusan untuknya tapi saya berikan beberapa panduan. Saya minta dia bertenang dan berfikir sambil berkata dan berbual-bual dengan hatinya.. soal dan jawablah dengan diri sendiri., selain melihat faktor pendorong dan penyebab dia merasakan harus lari atau mengelak cinta yang datang…

Haruskan lari dari cinta? Kenapa? apakah kerana anda rasa tidak layak untuk dicintai atau rasa tidak mampu untuk memupuk cinta.? Atau kerana anda rasa cinta itu satu yang dimomokkan sebagai kotor dan sekadar mengundang masalah atau bencana?

Tidak .. 'kuasa cinta' sebenarnya sangat kuat. Dengan cinta kita terdorong menjadi manusia yang bersemangat dan bermotivasi, dengan cinta, hari yang suram akan terasa indah dan penuh warna warni. Dengan cinta seorang yang keras menjadi selembut manusia. Itu kalau cinta dibalas atau disemai dengan cara yang betul.

Pun ada ketika dengan cinta manusia bertukar watak sebaliknya, pembengis, panas baran, tidak terurus, yang ada kesuraman dan penuh kelabu. Tidak bermotivasi, tidak ceria dan penuh duka.. kenapa?

Kerana kita tidak meletakkan dan mengurus cinta dengan betul. Kita sering kesasar dalam mematlamatkan cinta. Untuk apa, bagaimana, kemana dan sampai bila cinta itu harus wujud. Kepada siapa diletakkan cinta? Kepada manusia? kepada Allah?

Ada waktu saya seakan menyampah bilamana bertemu orang yang terlalu melayan rasa dan perasaan kecewa. Konon tiada cinta yang suci, tiada cinta yang ikhlas, tiada cinta yang kekal. Itu bukan salah cinta.. itu salah manusia yang tidak tahu mengurus cinta. Malah ada yang kecewa dengan wanita atau lelaki lantas terus membuang cinta dan sering bila ada bicara cinta yang didengar., mulalah keluar ayat dan kata-kata ‘putus asa dan kecewa’.. hasil gambaran hatinya yang menderita kerana rasa diluka.

Cinta tidak memerlukan logik akal untuk terjadi., tidak perlu bertanya kenapa dan mengapa, bukan kita yang harus mencari jawapan kalau melihat cinta itu seakan pelik. asbab itu ada orang yang sempurna fizikal jatuh cinta kepada yang cacat, tua kepada yang muda. muda kepada yang tua.. juga melangkaui batas kemanusiaan yang normal.asbab itu cinta tumbuh tanpa syarat, sebab itu wujudnya cinta sonsang. tapi sebagai ummat Baginda saw. kita haruslah meletakkan agama sebagai panduan melayari cinta.



Walhal cinta adalah satu semangat yang baik untuk makhluk terus hidup malah permulaan kita (adam) dicipta juga kerana cinta Allah swt . teringat kisah dizaman Baginda dan sahabat...bilamana mereka tidak mahu menjalankan kehidupan sebagaimana biasa dan menolak kehidupan normal, semata-mata kononnya kerana ingin beribadah, membuktikan cintanya mereka kepada Allah swt.

“Sesungguhnya salah seorang daripada sekumpulan sahabat Nabi sallallahu alayhi wa sallam telah berkata, “Berkenaan dengan diriku, maka aku akan berpuasa dan tidak berbuka. Berkata seorang yang lain: Aku akan berQiyam di malam hari dan tidak akan tidur. Dan berkata lagi seorang yang lain: Aku pula, aku tidak akan mengahwini perempuan. Seorang lagi berkata: Aku pula, sekali-kali aku tidak akan memakan daging. Lalu Baginda Sallallahu alayhi wa sallam bangun dan berucap, lantas Baginda berkata, “Apa halnya dengan pemuda-pemuda yang setiap seorang mereka ini berkata begini begitu? Aku sendiri berpuasa dan berbuka, bangun malam dan aku juga seorang yang mengahwini perempuan juga aku memakan daging. Barangsiapa yang tidak ingin kepada Sunnahku maka dia bukan dari kalangan (pengikut)ku” (Dari Sunan al-Nasaa’ie, no. 3217)

walhal hidup bukan semata pengabadian untuk solat sahaja, puasa sahaja, pergi bertapa atau duduk dibiara tidak berkahwin, malahan sebenarya hidup itulah sudah dikira ibadah bilamana setiap pekerjaan dan nawaitu kita semata-mata kerana Allah. Sayangnya Allah kepada kita, bila bekerja itu pun ibadah, tidur juga satu ibadah, pandang wajah orang tua besar pahala, suami isteri yang berbalas senyuman pun dapat pahala.. waima aktiviti bilik suami isteri juga ibadah..


Moral : ingatlah,. Tidak perlu lari dari cinta, kerana cinta itu adalah anugerah Allah swt buat hambaNYA, kerana kita juga wujud dari sifat Allah yang Maha Pencinta. Rasa kasih dan sayang itu banyak dan berbilang-bilang. Kita boleh menyayangi teman dan kawan, kita boleh rasa kasih kepada handai dan taulan, kita rasa sayang dan simpati pada semua makhluk.. tapi rasa cinta itu satu.. dan berikan serta letakkan ia pada tempat yang betul dengan mendahulukan mencintai Allah swt dan Baginda Rasulullah saw ibubapa dan pasangan serta zuriat keturunan.

Justeru, pupuk dan bajai cinta kalian dengan betul dan berarah, dengan tenang dan doa. Dengan usaha dan tawakkal.. semoga rasa dan emosi itu dapat di tangani dengan betul dan berhemah,. Kerana cinta adalah kekuatan manusia. Sunnatullah, rasa dan keingian untuk disayangi dan menyayai itu wujud., Cuma ada kala dan ketika, kita belum bertemu dan diketemukan dengan orang yang betul,. Maka itu, bila sudah ditemukan Allah, bajai dan jagalah ia.. semoga bercintalah kalian sampai kesyurga...amin..


~Ummi Nur Jannah~
0022.29042010

Dia pernah mencintaimu...

Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua. “ Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan. Persoalan. Jika Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam merindukan saudara-saudaranya, apakah ada saudara yang lain selain mereka, para sahabat? “ Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Aneh. Mencintai insan yang belum ada. Seandainya seorang anak muda, termenung sedih di jendela angan-angan, runsing menanggung rindu kepada bakal isteri, yang orangnya belum ada… itu sudah menjadi satu kegilaan. Di luar kebiasaan. Perlukan rawatan. Tetapi tidakkah Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam juga mengungkapkan cinta yang di luar kebiasaan itu? Kematian yang pasti, menjadikan Baginda pasti bahawa peluang untuk bertemu dengan orang-orang beriman di masa-masa mendatang itu mustahil. Tidak kiralah bagaimana rupa mereka, di mana mereka berada, bagaimana keadaannya. Cukup sekadar mengetahui bahawa mereka itu beriman, malah beriman tanpa pernah bertemu dengannya, sudah menyuburkan rasa cinta. Cinta luar biasa. Cinta yang menjadikan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam itu berkorban segala-galanya. Cinta itulah yang melimpah dan terus melimpah, hingga kamu yang hidup 1000 tahun selepas pemergiannya, biar sesudut ceruk sekali pun beradanya kamu, tiada rumah yang tidak diketuk cinta Nabi. SENYUMAN PERPISAHAN Tiga hari Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak mampu hadir berjamaah dengan kekasih-kekasih Baginda di masjid. Sakit kepala dan demam baginda semakin menjadi-jadi. Subuh Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke 11H, Tatkala Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu membetulkan saf untuk mengimamkan solat, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menyelak tabir yang memisahkan bilik Baginda dan ruang solat di Masjid. “ Sungguh takjub. Wajah Baginda seperti lembaran mushaf. Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam semasa memerhatikan kami, Baginda tersenyum dan ketawa kecil. Kami terlalu gembira melihat wajah itu. Abu Bakr sendiri berundur kerana menyangkakan Baginda mahu mengimamkan solat kami. Tetapi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengisyaratkan agar kami memula dan menyempurnakan solat,” kata Anas bin Malik, Radhiyallahu ‘anhu. Wajah itu mengubat rindu mereka. Tiga hari yang hilang warna dan sepi. Tabir dilabuhkan dan kaum Muslimin meneruskan solat. Senyuman Baginda itu penuh cinta dan kasih. Senyuman yang kaya dengan kepuasan melihat kaum Muslimin. Sangka mereka itu senyum kesembuhan. Rupa-rupanya ia adalah senyuman perpisahan… Dhuha Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke-11 Hijriah, Kekasih Allah itu pulang ke Teman Tingginya. “Fee al-Rafeeq al-A’laa, Fee al-Rafeeq al-A’laa...” Baginda menghulurkan telunjuk kirinya ke langit. “Kembali ke Teman yang Maha Tinggi, Kembali ke Teman yang Maha Tinggi” bibir itu lesu menuturkan sebuah pemergian. Tangan itu rebah terkulai. Basah dalam bejana air. Seperti air mata sekalian umat yang ditinggalkannya. Baginda wafat dalam jiwa yang penuh kasih sayang. Jiwa yang terselit di lubuk hatinya sebuah kerinduan. Merindui saudara-saudaranya. Kita. SEBUAH PERTANYAAN CINTA Justeru… Bertepukkah tanganmu menyambut cinta yang agung itu? Cintakah kamu kepada Pencinta yang agung itu? Hati kecil itu tidak mampu berbohong. Engkau tahu di mana cinta itu di hatimu…. “ Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia ” [riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah] ABU SAIF @ www.saifulislam.com

satu cinta

Tuesday, April 27, 2010

kejadian yang tak di sangka2 di kg ku..

Amukan waktu Zuhur
Oleh KHAIRI MOHAMAD
mohdkhairi.mohamad@kosmo.com.my

BILAL Masjid Pauh Sembilan, Mohamad Abdullah menunjukkan tempat Che Ismail maut selepas ditikam dalam satu pergaduhan di Bachok semalam.






BACHOK - Tindakan seorang pesara tentera menyerang seorang lelaki yang baru menunaikan solat Zuhur membawa padah apabila dia mati ditikam dalam satu pergaduhan di dalam Masjid Pauh Sembilan dekat sini kelmarin.

Kejadian pukul 2.30 petang itu mengakibatkan Che Ismail Che Hussain, 55, mati ketika mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian apabila mengalami kecederaan parah di rusuk kanan akibat tikaman tersebut.

Dalam kejadian itu, suspek berusia 43 tahun tersebut turut mengalami kecederaan di pergelangan tangan kiri apabila ditetak oleh mangsa yang dipercayai datang ke masjid tersebut bersama enam rakannya yang bersenjatakan parang dengan menaiki tiga buah kereta.

Difahamkan, mangsa dan rakan-rakannya kemudian telah meluru masuk ke dalam masjid sebelum keadaan menjadi kecoh apabila beberapa saksi ternampak suspek berlari keluar sambil dikejar oleh beberapa lelaki sambil menghayun parang.

Wednesday, April 21, 2010

SALAM KERINDUAN...



salam kerinduan...sekarang ni musim exam..walaupun sudah 5 paper sudah lepas, tetpi 4 paper msih tetap menanti..sekarang ni mood study sudah di ganti dengan mood balik kampung...huhu..ya Allah.kuatkan semangat hambamu ini agar mencapai kejayaan bagi memmenuhi harapan ibu ayah yang sentiasa mengharapkan kejayaan anakmu ini....bila teringgat kg, tiba2 teringat geng2 lama....rindunya semua..dayah, rubi, waira, iman n semua la...sihat ke smua?? lama tk bertanya khabar..ni la ksilapan kami smua yag trlalu asyik study dan hal masing-masing tanpa bertanya khabar...mcm mne ek group the red scorpion....best nme tu..walaupun bunyi ganas tpi ada mmksud d sebaliknya...n nama irabiyah tirahdah lg best...bunyi arab skit...harap2 cuti ni, akan ada masa tuk berjumpa smua....salam kerinduan...mak ayah..tunggu kepulangan anakmu ini...

diantara sahabat-sahabatku yang di sayangi..

diantara sahabat-sahabatku yang di sayangi..
di dalam kelas maharat
There was an error in this gadget