I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, October 13, 2011

RINDUNYA.......

yA Allah...aku betul-betul merindui keluargaku..andai bleh aku terbang, sudah pasti sekarang diriku bersama2 mereka. Mengapa rindu benar aku kepada mereka. Rindu yang tidak mampu di ungkapkan dengan kata2. Rindu yang mampu menitiskan air mata ini. ya Allah..kuatkan lah semangat hambamu ini...tanpaMu, aku tidak kuat meneruskan hidup ini...

Ketika berjauhan
Masihku rasa hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku

Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan

Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan

Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa

Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan

Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan

Tak dapatku bayangkan
Hidupku ayah
Tanpa engkau di sisi
Semua kasih sayang
Yang kau curahkan
Tersemat di hati

Lirik lagu ini mengingati diriku kepada ayah..semoga ayah sentiasa sihat. semoga ayah sentisa sihat. semoga ayah sentiasa dalam redhaNya...


ya Allah..berikanlah kesihatan untuk keluargaku..jagalah keluarga kami dari segala musibah dan bencana. Satukanlah hati2 kami dalam mencari redhaMu..Kuatkan perjuangan kami hingga titisan darah yang terakhir. semoga diriku mampu menjadi anak solehah. anak yang menjadi kebanggaan mak ayah...

Semoga pengorbanan mak n ayah tidak sia-sia. Doakan anakmu di sini. Moga diriku tsentiasa di jalan yg lurus.

Waalahu'alam

Thursday, September 29, 2011

PESTA KONVO ~SELERO ANOK KLATE~


Alhamdulillah.

Assalamualaikum n selamat berjumpa kembali. sudah lama blog nih tak di update. Cuti panjang, so balik kampunglah...best sangat2x..tpi kadang2 boring jgk. Yg penting heppy..duk ngn keluarga..terasa indahnya hidup..

Sebut pasal keluarga plak, tibe2 teringat kat semua. Mak, ayah, adik, annas, n semualah..biasalah, mereka yg selalu di hatiku.. tapi kerana perjuangan ku msih bertahan. perjuangan memerlukan pengorbanan. akan ku
buktikan pada mak ayah.InsyaAllah:-)

Sekarang dah minggu ke 3. sem nih busy sngt3x...ngn study, konvesyen pendidikan, perdana...arap2 diriku tabah mengharunginya.Biarlah kdng2 trasa lemah, down, patah semangat....semoga kekuatan bersamaku n shbt2 semua..


Ni baru je lps pgrm konvokesyen UKM.. Sebut pasala pesta teringat ngn gerai selero anok klate anjuran PERDANA UKM..walaupun letih, tapi....terbaiklah..kenangan yg tk dpt di lupakan..akan di jadikan kenangan dlm diari hidupku...terkejar ke kelas, ke kolej, ke gerai, sampaikan tak terurus khidupan kejp.he2..tpi tugas sbgai khalifah Allah tetp tdk di lupakan:-) walaupun sesibuk mana pun kita, kita msti lakukan dn ikut segala perintahNya.
.Alhamdulillah, bahagia dunia akhirat.

Yg menariknya pasal pesta konvo kli nih, apabila terasa suasana islamic..apabila tibe waktu solat, azan akan di laungkan..Alhamdulillah..tahniah lah kpd smua yg telah bertungkus lumus untuk menjayakannya..

SEKITAR PESTA KONVO

GERAI SELERA ANOK KLATE...HAPENING SOKMO

GERAI DI RASMIKAN OLEH PROF MAZLAN..PENAIHAT PERDANA UKM..^_^..

SELERO ANOK KLATE, TETAP MNJADI PILIHAN.^_^..

SEMPAT LAGI POSING DLM Dataran Gemilang...


Semoga usaha kami tidak sia2..dan tahniah n terima kasih buat semua. maaf kalau ada salah n silap...

Wallahu'alam..



Sunday, May 1, 2011

Dua tahun sudah berlalu..

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah..seminggu yang lepas baru sahaja menamatkan peperiksaan semester ke empat di UKM. Insya Allah, diriku sudah buat setakat yang termampu dan terdaya. namun aku akui, aku hanya study last minute. YA Allah..wlaubagaimanapun aku harus terima result trsebut dengan redha, INSYAALLAH...

Selepas tamat exam, aku mengisi masa dengan menjdi facilitator bg kem ibadah bagi Sek Men Seri Saujana. Alhamdulillah. pengalaman menjadi facilitator tersebut sangat berguna buat diriku. banyak ilmu yang ku belajar..situasi tersebut mungkin akan ku hadapi suatu hari nanti bile diriku bergelar guru.

Sebagai guru dan bagi diriku yg bakal menjadi guru, kita seharusnya bersedia mendidik anak2 murid kita sama ada untuk berjya di dunia dan juga akhirat. Tugas guru adalah suatu tugas yg sngt mulia. So manfaatkan peranan tersebut dengan sebaik mungkin..setiap orang berhak untuk belajar.

Pada permulaannya diriku rasa mcm tdk mampu untuk mengendalikan adik2 semua. melihat keletah adik2 yang macam ragam namun alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. terima kasih semua atas kerjasama dan tunjuk ajar. Tanpa semua, siapalah diri ini. hanya insan yang kerdil dan lagi tdk berdya. insyaAllah akan ku cari kekuatan diriku yg sebenar...

Yg bestnya masa berucap di hadapan khalayak ramai, di depan peserta dan semua sebagai wakil PERDANA. Walaupun ini pengalaman yang kedua, namun diriku rasa lebih bersemangat. Lebih baik sdkit dari yg pertama.hehe.malunya bile teringat ucapan ku buat kali pertama...haha...tapi insyaAllah akan cuba belajar dari semasa ke semasa..^_~..

Tibe2 rasa rindu kat adik2 ibadah plk..harap2 adik2 smua manfaatkan segala ilmu yg di peroleh dengan sebaik mungkin..rinduuuuuu...andai ada jodoh, satu hari nanti kita jumpa ye...di UKM ke, sek adik ke or mana2..hehe

Esok plk nak g Pahang...huhu..tak sabar. kat sana boleh keluarga angkat plak..siapalah bakal mak n ayah angkt???persoalan yang masih menjadi persoalan...lps tuh bleh jalan2 n wk program brsaam2 rakan2 PIBA..Arap2, melalui OPIBA ini kami semua semakin rapat dan ukhwah kami lebih mantop..harap2 smuanya terbaik dan berjalan dengan lancar.amin..

And then, go to PERAK..rmah kak.. g sekejap jumpa anak sdara tercinta..rindu sngt2x..ya Allah..wait che dah ye..^_^..

the last, balik KLATE tercinta..mak, ayah, semua tunggu adah ye..hehe..tak sabar nk balik. yahooooo...semoga semuanya berjalan dengan lancar.semoga perjalanan ku semuanya berjalan dengan lancar. andai kita semua masih ada jodoh..rindu sangat2x..tak terluah dengan ungkapan ini...

Wallahu'alam..

Wednesday, April 27, 2011

Sayunya...

....بسم الله الرحمن الريم

Alhamdulillah...tiada ucapan yg dapat di ungkapkan selain syukur ke hadratNya. Perjuangan di buni UKM masih lagi jauh. Sedar tidak sedar, sem 4 di UKM sudah nak sampai ke penghujangnya. Tibe2 sayu sangat hari ini. Tanpa di sedari, hari ini merupakan hari terakhir aku bersama romate. Sem depan kami tidak lagi tinggal bersama. Maafkan akak ye. Sebelum pergi exam tdi, sempat lah bermaaf-maafan dengan Dayah..romate sepanjag thn 2 nih..Maafkan akak dik. Kalau ada bnyak buat silap dan membuatkan adik terasa. Hampir gugur air mataku di saat berpeluk dengannya. Mungkin bila bersama kita tidak merasa pun perasaan ini. Tapi bila berlakunya perpisahan barulah kita menyedari bahawa kita sayang sangat2 kat dia. So sebagai nasihat, hargailah mereka yg berada di sisi kita. Jangan pernah menyakiti mereka. jika kehilangan mereka barulah kita akan menyesalinya...

Maafkan akak atas segalanya. Sem depan akak minta kolej lain. Tidak mungkin kita akan tinggal bersama lagi. Pe2 pun perpindahan akak ke kolej lain bukanya sebab tak best duduk kat UO..Tpi ada sebab2 tertentu. Semoga Dayah akan meneruskan kecermerlangan di bumi UKM ini dengan jayanya. insyaAllah..akak yakin dayah mesti boleh..insyaAllah berlainan kolej sem depan, akak harap kita bleh lagi Bersahabat, Berjumpa, berFb, berMesej...

Maafkan akak ye. sebab akak sibuk sangat2 sem nih..sampaikan jarang duduk kat bilik. nak buat macam mana, sibuk kalahkan YB kan.hehe..kadang2 rasa serba salah meninggalkan Dayah keseorang di bilik..tpi dik, nak buat macam mana..huhuhu

Bile balik dari exam tdi, akak lihat semua barang dayah sdh tiada. Dayah sudah pun balik bercuti lama kat kg..hehe..cemburulah jgk. sebab Dayah abis exam awal..hehe. tpi nk buat mcm mne, kita bkn course sama pun. bile tengk ats meja tdi, terlihat barang kecil...emmm...so sweet..mungkin tuh hadiah Dayah tuk akak ye..terharunya. walaupun benda itu tiada apa2 maksud pun, air mata tetap mengalir laju di pipi...sayang Dayah..ungkapan yg tdk pernah terucap di hadapan Dayah kn..hehe..


Pe2 pun terima kasih banyak2 atas segala-galanya. Dayah banyak bantu akak. tolong angkatkan kain, tolong bangunkan akak, tolong belikan makanan..hehe..so sweet kn..

Semoga kita di pertemukan pada masa2 akan datang..^_~..

Wallahu'alam...

Friday, April 22, 2011

Virus-virus ukhwah...

Assalamualaikum.........

Alhamdulillah..ari nih selesai paper yang ke 6..tinggal 3 paper lagi.terus bersabar..kenapa sejak akhir2 nih, tak tahan duduk dalam dewan exam..sejuk sangat2..sampaikan terpaksa keluar awal..hehe..keluar awal bkn sbb boleh jawab tetapi sejuk.hehe..pe2 pun setakat nih dah buat yang termampu..semoga yang terbaik..insyaAllah....

jom. malam nih kita layari internet tuk cari ilmu2 yg berguna. tibe2 trklip dekat halaqah online..banyak sngt input yg berguna kat sana,....best..bleh menambhkan ilmu yang sememangnya perlu sentiasa di up date..kalau harapkan ilmu kuliah je, mana cukup. sebagai mahasiswa kita selalulah up date diri kita dengan ilmu2..tidak kira lah isu semasa ke, politik ke, agama ke...yang penting harus seimbang....

sekarang jom kita sama2 bace tentang virus-virus ukhwah...cuba muhasabah balik..adakah ini yang kita lakukan tuk sahabat2 kita. yang penting pandai2 lah hargai sahabat kita. indahnya hidup ini, jika di temani sahabat...

#################################################################

Tajuknya: Virus-virus Ukhuwah Pengarangnya: Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah Di sini adalah SEDIKIT mutiara-mutiara yang di dapati daripada karya HEBAT ini!

1. Ukhuwah adalah suatu NIKMAT yang diberikan oleh Allah SWT kepada umat Islam. "Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat itu, sebagai orang-orang yang bersaudara." (Ali 'Imran 3: 103)

2. Ukhuwah dan pertautan hati tak akan terikat tanpa perkenan izin oleh Allah SWT, hatta jika manusia membelanjakan segenap hartanya sekalipun.

"Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Al Anfal 8:63)

3. Ganjaran orang-orang yang berukhuwah dan mencintai kerana Allah sangat besar. "Orang-orang yang saling mencintai demi keagungan-Ku akan diberikan padanya mimbar dari cahaya yang dicemburui oleh para Nabi dan syuhada.” (HR Ahmad)

4. Namun, Ukhuwah yang terbentuk itupun kadang-kadang 'bisa' TERUNGKAI tatkala diserang virus-virusnya! Baiklah, berikut adalah tips-tips untuk MEROSAKKAN ukhuwah yang dapati daripada buku tersebut (saya hanya senaraikan sebahagian);

  • Berbicaralah pada Saudaramu dengan Nada yang Tinggi dan Kasar "Dan lunakkanlah suaramu, sesungguhnya suara yang paling jelek adalah suara keledai" (Luqman 31: 19)
  • Jangan Mendengar dan Jangan Menghargai Pendapatnya 'Atha' (ulama Salaf) pernah mengatakan; "Ada orang yang memberitahuku tentang suatu hadith, padahal aku telah mengetahuinya sebelum dia dilahirkan lagi, namun kesopanannya mendorongku untuk tetap mendengarnya hingga selesai."
  • Selalulah Berbantahan dengannya walaupun Sekecil-kecil Perkara "Tiada kaum yang menjadi sesat setelah mendapat petunjuk kecuali kerana mereka suka saling berbantah-bantahan. " (HR Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
  • Kritiklah dengan Keras Sehingga Perasaannya Terluka. Dr Abdullah Al Kathir pernah menceritakan; "Semua orang menyukai siapa saja yang memperbetulkan kesalahannya tanpa melukai perasaannya." Seorang pensyarah sedang mempersiapkan bahan ceramah yang akan disampaikan di dalam sebuah forum. Namun, bahan yang berhasil disusun olehnya terlalu panjang dan 'detail' sehingga mungkin akan membosankan para pendengar. Dia pun meminta penilaian isterinya, "Bagaimana pendapatmu mengenai bahan ceramah ini?" Dengan penuh bijak si isteri menjawab: "Bahan ceramah ini lebih layak dan sangat baik jika menjadi artikel untuk sebuah majalah ilmiah yang mengkaji tema-tema spesifik." Isterinya secara berhikmah, mengkritik bahan itu terlalu panjang...
  • Tegurlah Kesalahannya di Depan Orang Lain (Lagi ramai lagi BAGUS!) Imam Syafi'i pernah bersyair, Nasihatilah diriku di kala aku sendiri Jangan kau nasihati aku di tengah keramaian Kerana nasihat di hadapan umum Adalah sebahagian dari penghinaan Yang tidak suka aku mendengarnya Jika engkau enggan dan tetap melanggar kata-kataku Maka jangan menyesal jika aku enggan menurutimu
  • Perbanyakkan 'Negative Thinking' kepadanya dan Jangan Maafkan Kesalahannya Fudhail bin 'Iyadh berkata, "Siapa mencari sahabat tanpa cacat, nescaya sepanjang hidupnya tidak mendapat sahabat." Hasan bin Wahb berkata: "Di antara hak-hak ukhuwah adalah memaafkan kesalahan sahabat dan terbuka atas segala kekurangannya."
  • Jika ada Aib atau Rahsia yang Diketahui, Maka Sebarkanlah kepada Orang Ramai "Jika seseorang diberitahu oleh sahabatnya mengenai suatu hal, lalu ia pergi, maka hal tersebut telah menjadi amanah (rahsia yang mesti dijaga) baginya." (HR Daud, Tirmidzi dan Ahmad)
  • Mudahlah Untuk Berprangsangka yang Bukan-bukan Tentang Dirinya "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa" (Al Hujurat 49:12) Umar Al Khattab pernah berkata, "Janganlah berprasangka terhadap setiap ucapan yang keluar dari lisan saudaramu kecuali dengan prasangka yang baik, selama kamu masih mendapatkan celah kebaikan dalam ucapannya itu."
"ukhwah fillah abadan abada"

Wednesday, April 20, 2011

SEPI SEORANG IBU..

Tibe2 teringatkan kat mak...jom relex tension dri exam jap..jom sama2 kita hayati sepi seorang ibu,,bertapa agungnya jasamu...sayang sngt2 kat mak..rindu tk terungkap lagi..cume titisan air mata je mengiringi laju pipiku......

################################################

Sepi adalah suatu waktu yg tentu tidak memberi rasa selesa. Apalagi kita tidak tahu bila ia akan berakhir. Dan seorang ibu adalah seorang yg mungkin sangat sering mengalami itu dalam hidupnya, meskipun mungkin kita sebagai anaknya tidak menyedari.

Harus kita akui, bahawa kita memang seringkali lupa akan keberadaan ibu dan ayah yg ada di rumah. Jika dibandingkan dengan pasangan, perhatian kita kpdnya lebih banyak dan lebih intensif. Buktinya, kita selalu risau akan khabar pasangan kita, khuatir adakah dia sudah makan atau belum, takut adakah dia akan bahagia disisi kita?

Tapi, adakah kita juga pernah merisaukan khabar dari ibu dan ayah kita? Risau, adakah mereka sudah makan atau belum? Khuatir, adakah ibu dan ayah kita sudah bahagia atau belum? Rasanya jarang kita praktikkan. Padahal mungkin sahaja dia dalam dakapan rasa sepi.

Di sini, mari sejenak kita cuba renungkan lagi. Bicara soal keadaan ibu dan ayah. Soal rasa sepi yg seringkali menerpa hidupnya. Saat kita masih ada kesempatan untuk membalas budi mereka, lakukan yg terbaik untuknya. Untuk ibu yg pengorbanannya tak terhingga. Agar jgn sampai ada kata “menyesal” di kemudian hari.

Rasa Sepi Ketika Bersendiri Membesarkan Anak-anaknya

Ibu kita mungkin menjadi salah satu perempuan yg merasakan kesepian itu dalam mendidik anak-anaknya. Kita, dan beberapa beradik kita mungkin saja hari ini semua telah menjadi org-org berjaya; berpendidikan tinggi, berpangkat tinggi, atau mengurus sebuah bisnes besar.

Mari kita kenang sejenak rasa sepi ibu waktu itu, di mana terkadang dia harus menutupinya dengan sebuah ‘kebohongan’ untuk mengalihkan perhatian kita, agar ia tidak nampak lelah dan penat mengurus dan membesarkan kita.

Seorang anak yg telah dewasa menuliskan masa kecilnya tatkala bersama ibunya, yg tidak pernah kenal erti lelah bekerja untuk dirinya dan adik-adiknya. Saat itu mereka hidup dalam keadaan amat sederhana, bahkan utk makan saja, selalu kekurangan. Ketika sedang makan, ibunya seringkali memberikan bahagian nasinya utknya. Sambil memindahkan nasi ke pinggan anaknya, si ibu berkata, “Makanlah nak, aku tidak lapar.” Setelah dewasa, dia baru tersedar bahawa saat itu ibunya telah ‘berbohong’.

Hari-hari terus berjalan, hingga pada waktu yg telah digariskan, ayah meninggalkan kami utk selama-lamanya. Setelah kepergian ayah, ibu yg malang harus merangkap menjadi ayah, membiayai keperluan hidup kami sendiri dan tiada hari tanpa penderitaan. Hingga byk keluarga ibu yg menasihati ibu utk kembali menikah, tapi ibu yg menolaknya dengan mengatakan bahawa ia tidak perlu cinta, dan aku tahu saat itu ibu ‘berbohong’,” tulisnya, meneruskan ceritanya.

Perjuangan membesarkan anak adalah hari-hari yg penuh rasa sepi, dengan kesulitan yg terkadang belum boleh kita cerna saat itu, atau mungkin hari ini. Namun kita tidak pernah mencuba untuk mengingatnya, utk sekadar mengenang jasa manusia yg agung itu, yg telah memberikan segalanya utk kita.

Rasa sepi ketika ditinggalkan anak-anaknya merantau

setiap anak pada akhirnya akan menentukan pilihan hidupnya masing-masing. Dan kerana itu kita terpaksa meninggalkan kedua orang tua utk mencuba melepaskan diri dari ketergantungan kepada mereka. Ketika beranjak remaja atau dewasa, kita pergi merantau ke mana saja, utk tujuan apapun; menuntut ilmu, mencari rezeki, dan sebagainya.

Berawal dari sini, rasa sepi pun muncul dari relung hati seorang ibu. Anak yg sejak dari kecil diasuh penuh cinta, ditimang-timang dan dibesarkan, pergi jauh dari sisinya. Tak sanggup ia melarang, kerana hidup memang harus berubah dan berkembang. Ia lalu merelakan anaknya pergi merantau.

Ibu memang selalu merindukan kita. Sangat merindukan kita. Sampai bila-bila. Gambar wajah kita selalu hadir di benaknya, bermain-main di pelupuk matanya. Dia selalu melemparkan ingatannya ke masa-masa lalu yg indah ketika kita masih bersamanya, mengenang segala tingkah lucu kita yg menggores kesan indah di hatinya.

Rasa Sepi Ketika Anak-anaknya Telah Sukses dan Berdikari

Merantau mungkin awalnya hanya utk menimba ilmu dan pengalaman. Tapi seringkali di negeri orang, kita akhirnya menemukan kehidupan baru yg membuat kita harus bertahan. Di sana kita menemukan pekerjaan, profesi atau jabatan yg menjadikan kita tidak lagi bergantung kepada orang tua secara ekonomi. Atau mungkin kita telah menemukan pasangan hidup dan lalu membina keluarga sendiri, sehingga tidak lagi merasa perlu utk kembali dan hidup bersama orang tua di kampung halaman.

Keberhasilan dan kejayaan tentu selalu memberi perubahan, seperti perubahan pada keadaan kita yg sudah mampu hidup sendiri. Namun ibu yg mengantarkan kita kpd keberhasilan itu tetap dalam keadaannya yg dulu. Tak ada perubahan, kecuali fizikalnya yg kian lemah dan kulitnya yg semakin keriput. Sepi yg dulu dia rasakan, kini pun tidak jauh bezanya. Bahkan mungkin rasa sepi itu semakin bertambah, kerana kita semakin jarang mengunjunginya.

Rasa Sepi Ketika Anak Mengalami Kekeringan Spiritual

Kejayaan..tetapi tentu bukan hal itu yg paling membahagiakan seorang ibu. Selain kejayaan dan keberhasilan, seorang ibu sangatlah ingin melihat anak-anaknya tumbuh menjadi orang-orang soleh, berbakti dan berakhlak mulia, hidup dgn rukun satu sama lain. Itulah yg paling membahagiakan orang tua. Tak ada yg paling menyenangkan hatinya dan mententeramkan jiwanya selain melihat mereka tumbuh dalam ketaatan kepada Allah swt. Terlebih lagi ketika mereka telah berada di usia yg semakin senja; selalu ada harapan agar anaknya kelak tetap menyenangkan setelah kepergiannya, dalam doa dan munajatnya, memohonkan ampun untuknya.

Rasa sepi yg paling dahsyat akan dirasakan seorang ibu ketika ia tak menemukan kesolehan pada diri anak-anaknya. Saat beribadah tak ada yg menemani. Ketika berdoa tidak ada yang mengaminkan. Di waktu sakit tak ada yg mendoakan. Akhir hidupnya dihantui rasa takut akan kegagalan menuai pahala dari anak-anaknya.

Mari sejenak kita merenung di sini, adakah perempuan yg telah melahirkan kita itu, juga hidup dalam rasa sepi kerana orientasi hidup yg berbeza. Jangan merasa puas dengan hanya melihat senyumnya ketika kita menghadiahkan sebuah barang mahal, sebab boleh jadi dia merindukan sesuatu yg lebih sederhana tapi lebih berharga dari hadiah mahal yg kita berikan.

Rasa Sepi Ketika Anak tak Memahami Bahasa Hati Seorang Ibu

Kerana kita dan orang tua ditakdirkan lahir di generasi yg berbeza, menghuni zaman yg tak serupa, mengalami perubahan-perubahan budaya yg tak sama, terkadang memunculkan perbezaan-perbezaan yg membuat komunikasi orang tua dengan anak tak sefaham, kehendak yg tak seiring, dan fikiran yg tak sejalan.

Sejenak , mari kita bicara tentang keadaan ibu. Merenungkan rasa sepi yg ia derita kerana kita seringkali tidak memahami keinginannya. Jangan biarkan hari-harinya yg tersisa hanya diisi dengan lamunan. Jangan persingkat usianya dengan membiarkan rasa rindu yg tak kunjung terubati. Sekali lagi, mari kita bicara tentang keadaan ini, agar suatu saat nanti kita tak menyesali sikap acuh kita; ketika rasa sepi telah merenggut segalanya.

“ Ya Tuhanku, ampunilah dosa-dosaku dan dosa-dosa ayah ibuku, sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku sewaktu aku masih kecil ”.. Amiin T_T

Tuesday, April 19, 2011

saje2 wak tk busy..

Alhamdulillah..setelah sekian lama menyepi dari mencoret sesuatu, akhiranya malm ini terdetik juga. mungkin kerinduang yang teramat sanagt untuk mencoretkan sesuatu. emm..walaupun esok ada exam..he3x..hilangkan stress skit..

setelah berpenat lelah, 4 paper sdh berlalu. baki lagi 5 menanti..emm.banyk lagi tuh..tpi apa2 pe, arap2 dapat bersabar untuk sampai paper yg terakhir nnti. 28/4..tk sabar nk tunggu saat tuh..rindu sngat2 kat kg. kat mak, ayah, adik, ank sedara n semua..huhuhu..

tpi mungkin balik lewat sbb ada program piba..emmm...terus bersabar ye adah..

mcm mne lah exam esk???

hehe..jgn bnyk mengeluh..cpt2 stop menulis dan teruskan mengulangkaji ..hehe

~seorang pejuang tidak boleh mengeluh~

apa2 lps exam esok, nk teruskan berblogging nih..besttttttttttt....

wassalam..^_^..

Sunday, March 20, 2011

KENANGAN YG TERABADI




ya ALLAH.. kenapa malam ni rasa sayu sngt2..tak mampu aku kuatkan hati ini..bile terlihat gambar bersama, titisan air mata laju menuruni pipiku..rindunya pada kenangan semalam..rindunya nak kembali pada suasana dlu.bersama kak2 n abe2 dalam PERDANA..namun..

Hakikat yang terpaksa kita tempuh, setiap yang naik, past
i akan turun. Hanya harapan yang satu je, agar ukhwah yang terbina tidak akan turun dan sentiasa akan kekal selamnya.,.insyaAllah..
semoga kak2 n abe n mantan PERDANA yang lain akan terus bag
i sokongan kat kami semua..kami tak mampu berdiri tanpa dorngan dan semangat semua. termasuk Ahli PERDANA.....

Terima ksih yang tak terhingga buat tun presiden PERDANA, Safuan diatas sokongan dan bimbingn untuk adah n rakan2..doakan semoga tun pres sntiasa d
i dalam rahmatNya...
sentiasalah jenguk2 kami nih...^_^..

Terima kasih juga di tujukan buat abe nuruddin, abe izwan, abe h
ilman, nazri, sakinah,k.ainon, k.fadzlina, k.zie, k.yati,k.aini n semua yang tk tersebut.jasa semua tetap di kenang...hanya Allah yang mampu membalsnya..

SEMOGA pimpinan SESI BARU, akan bersama2 berkerja keras untuk PERDANA DAN ISLAM..

PERDANA SOK
MO...^_^..

KENANGAN BERGAMBAR MASA BPO
BEST MOMENT..

MUSLIMAH POWER..SAYANG SEMUA..^_^,..

Thursday, March 3, 2011

duhai sahabat..

duhai sahabat....
mampukah aku menjadi sahabatmu yg sejati..
sahabat yang mampu berkongsi suka duka bersama..
sahabat yang sentiasa memberi kata2 semangat ..
untuk terus bangkit dan terus bangkit menghadapi kehidupan ini..

adakah layak sahabat sejati buatku??
adakah angan2 ku terlalu tinggi?
untuk memiliki sahabat seistimewa sahabat semua.
siapakah yg mahu jadi sahabat sejatiku?
????

yg pasti aku sentiasa mahu menjadi sahabat yg terbaik buat semua..
susah senang kita bersama..
pahit gentir kita tempuhi..
aku bersedia duhai sahabat2 semua...

jom ayuhkan langkah..
satukan hati, tekadkan pendirian...
kita mampu menempuhi segala cabaran...
andai ukhwah fillah abadan abada..^_^..

"ya Allah tika kau hadiahkanku sahabat, kau jadikanlah hatiku bersyukur atas kurniaanmu..
kau jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku. tika kau hadiahkanku sahabat, kau jadikanlah sahabatku ini sebagai teman seperjuanganku. peniup semangat juangku. saling membantu dakwah agamamu. tika kau hadiahkan ku sahabat, kau jadikanlah hubungan ini disemai atas redhaMu. Teguhnya atas cinta padaMu. dilindungi dari maksiat dan hal2 yang melalaikan dari mengingatiMu. Ya Allah, bahagiakanlah hatiku dan hati seluruh sahabatku dengan cinta kepadaMu..Amin...salam mujahadah

Sunday, February 27, 2011

TERIMA KASIH IBU

Ibu, kau permata hatiku
Kaulah yang selalu menemani diriku,
Tatkala gembira dan sedih mahupun suka duka,
Kaulah pengubat jiwa yang lara ini,
Ku selalu mendoakanmu ibu agar diberi rahmat Tuhan yang Esa.

Ibarat cahaya lilin yang terang,
Bagaikan bulan dan bintang menerangi malan yang indah,
Kau selalu memberi ketengang dalam diriku,
Marah engkau membuatkan aku sedar akan salah silapku,
Agar aku tidak ulangi buat kedua kalinya.

Di rumah kau memasak, membasuh, mengemas juga mencantikkan suasana,
Terima kasih ibu aku ucapkan,
Lalai dan lupaku kau selalu ingatkan,
Umpama guru mencurahkan ilmunya yang sentiasa mekar di hati ini,
Nasihatmu akan ku abadikan tak akan kulupa.

Berwawasan semangat yang kugambarkan dalam dirimu,
Membuatkan aku bangga miliki ibu sepertimu,
Bekerja dan mengajar anak bangsa didikanmu juga kau berikan padaku,
Aku bersyukur miliki ibu sepertimu,
Mengajar erti dewasa manusia dalam segala kekurangan.

Tidak mampu kubalas jasamu ibu,
Hanya Allah yang mampu membalas keringatmu masa lalu, kini dan akan datang,
Kusimpulkan kata buatmu ibu "Aku sayang ibu",
"Terima Kasih Ibu".

Harapan diriku ingin gembirakan dirimu,
Berjaya dalam apa yang kumahukan dengan doa tulus darimu,

Ibu, kaulah jantung hatiku,
Merasa dunia milik Tuhan ini dengan pelbagai dugaan dan cabaran,
Kau ingatkan, ingatkan dan teruskan ingatkan,

Jasamu ibu akan kusemat dalam lubuk hatiku yang dalam,
Agar aku menjadi insan yang tabah sepertimu,
"Terima Kasih Ibu."



- Artikel iluvislam.com

Saturday, February 19, 2011

rindu...

ya Allah..rindunya pada kenangan lalu...rindunya pada keluarga, teman2 seperjuangan, teman2 sepermainan..semakin kita besar, kenapa kita rse kita semkin jauh dengan mereka..
Adakah aku terlalu sibuk atau aku je yang buat2 sibuk...
mak, ayah, adik, abang, akak, biyah,suzana, wan, n semua....rindunya....
huhuhu...

Semoga ku di beri kekuatan dengannya...sahabat2 PIBA semua bantulah adah dalam mengahrungi kehidupan ini..kdng2 rse mcm tidk bermaya,lemah, putus asa..bangkitkan semngat adah..perlukan nasihat korang..ukhwah fillah abadan abada..

sahabat2 PERDANA..kenapa skrng mnyepi..jngan jauhkan perasaanku drinya...jngan biarkan hatiku terus jauh dan jauh,,kerana PERDANA tetap di hati,,..
selamat meneruskan prjuangan semua..ukhwah anok beghanok ttp terpatri di hati...



Sunday, January 16, 2011

APA KHABAR KELUARGAKU DI KG!!!

Macam mana agaknya keadaan kat kampung sekarang. Tertanya2 adakah hubungan mak n bekas kak ipar sudah pulih. Nak tanya tapi takut menyinggu perasaan semua plak,. Apa yang pasti aku kesian sngt2 kat mereka. Selepas satu musibah, satu musibah lain plak yang dtang.

Sangkaanku selps pemergian Arwah Alia akan membaik pulihkan hubungan abang n k.ipar tapi sekarng masih jauh. Semoga mereka menjumpai jalan DAN keputsn yang tepat dan benar. yang mampu membawa kpd kebahagian mereka. tu je yang adikmu harapkan. hanya kebahagian abang, k.ipar, keluarga.

Kalu ikutkan perasaan sudah lama aku terbang balik kat rumah. Bersama2 mengharungi susah senang ngn keluarga. Namun apakan daya, perjuangan ku di sini masih lagi belum berakhir. Perjuangan tetap di teruskan..Mak ayah n semua doakan adah semoga berjaya menghadapinya dengan cekal dan tabah. Mungkin adah tidak sekuat mana, namun adah akan cuba cekalkan hati.Adah akan tabahkan hati untuk semua..

tunggu kepulangan adah nanti..arap2 kepulanagnku nanti akan di sertai denagn berita yg mengembirakan...^_^...

Adah mahu jadi saadah yg hepy sprti dlu....

BENCANA LIDAH

Lisan atau lidah manusia memang gemar membuat janji, tetapi seringkali pula jiwa tidak ingin menepati janji yang dibuat oleh lisan tadi. Maka dengan itu jadilah janjinya bohong atau janji yang dimungkiri. Itu adalah tanda-tanda adanya sifat nifaq pada orang itu.

Allah telah berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman tepatilah janji-janji." (Surah l-Maidah : 1)

Allah s.w.t. telah memberikan setinggi pujian ke atas Nabi Ismail a.s. di dalam kitab-Nya yang mulia dengan firman-Nya:

"Sesungguhnya dia (Ismail) adalah benar janjinya." (Surah Maryam : 54)

Apabila Saiyidina Abdullah bin Umar telah hampir menemui ajalnya, beliau berkata:

"Sebenarnya dulu ada seorang Quraisy telah meminang puteriku, dan aku telah mengikat suatu perjanjian untuk menikahkan puteriku itu kepadanya. Demi Allah aku tidak gemar menemui Tuhan, sedang sepertiga dari sifat nifaq itu ikut bersama-samaku. Oleh itu saksikanlah, bahawasanya aku telah menikahkan si Fulan itu dengan puteriku."

Diceritakan dari Abdullah bin Abul-Khansa’, katanya:

"Saya pernah mengikat janji dengan Rasulullah s.a.w. sebelum baginda diangkat menjadi nabi. Ada barang yang saya janjikan kepadanya akan saya bawa ke tempat yang telah dipersetujui, tetapi malangnya saya terlupa hari itu dan juga esoknya. Maka saya mendatanginya pada hari ketiga, dan saya dapati baginda masih tetap menunggu di tempatnya. Bila saya sampai, maka baginda berkata:

"Wahai pemuda! Engkau telah menyakiti aku dengan janjimu, sebab saya berada di sini menunggu sejak tiga hari lalu."

Ibnu Mas’ud r.a. pula bila berjanji, niscaya dia akan berkata: "InsyaAllah."

Cara beginilah yang lebih baik. Sesudah berkata InsyaAllah, jika ia memang faham bahawa menepati janji itu adalah wajib, maka hendaklah ia menepati janji itu, kecuali jika dihalangi oleh keuzuran. Akan tetapi jika ketika membuat janji itu, hatinya telah bertekad untuk memungkirinya.

Maka itulah yang dinamakan sifat nifaq.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Tiga perkara, barangsiapa yang berada di dalamnya, maka ia dicap munafik, sekalipun ia puasa, sembahyang dan mengaku dirinya seorang Muslim, iaitu; bila berbicara ia bohong, bila berjanji ia mungkiri dan bila menerima amanah dia khianati."

Sabda Baginda yang lain:

"Empat perkara yang jika seseorang manusia ada di dalamnya, maka ia menjadi munafik, dan barangsiapa mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu, samalah seperti ia mempunyai sifat kemunafikan, sehingga dia menjauhinya lagi: Jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia mungkiri, jika membuat pengakuan dia belot dan jika menuntut dia curang."

Sifat-sifat ini hampir-hampir tertimpa ke atas orang yang ketika berjanji, dia siang-siang telah berazam untuk menyalahi janjinya ataupun yang memungkiri janji tanpa apa-apa keuzuran.

Adapun orang yang berazam untuk menepati janji, tiba-tiba tanpa disangka-sangka pula timbul suatu keuzuran yang menghalangnya dari memenuhi janjinya, maka orang itu tiadalah terkira seorang munafik meskipun pada lahirnya sifat kemunafikan itu berlaku atas dirinya.

Namun sebaik-baiknya, hendaklah dia cuba menghindarkan diri dari terkena sifat kemunafikan itu sebagaimana dia menjauhkan dirinya dari hakikat kemunafikan juga; iaitu apabila berjanji, cari jalan supaya keuzuran tidak akan berlaku tanpa ada sebab yang benar-benar dharurat.

Sahabat.. ketahuilah. Apabila dimungkiri, ia sakit dan pedih. Jadi hindarilah dari memungkiri janji.


petikan dari i luv islam...

diantara sahabat-sahabatku yang di sayangi..

diantara sahabat-sahabatku yang di sayangi..
di dalam kelas maharat
There was an error in this gadget