I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, August 31, 2010

SALAM KEMERDEKAAN

poster kemerdakaan Persatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi UKM


Poster kemerdekaan Persatuan Mahasiswa Kelantan Darul Naim

Inilah poster yang sempat aku buat untuk kemerdekaan kali ke-53 ini. Di buat untuk persatuan silat dan persatuan anak negeri yang aku join. first time aku belajar dari suhaimi dan ihsan. syukran jazilan atas ilmu yang diajar. walaupun tak cantik tapi oklah untuk permulaan...yang penting terus berusaha.."mula-mula hodoh, nanti lama-lama cantiklah"hehe

Hari ini negara Malaysia iaitu negaraku sudah mencapai kemerdekaan yang ke-53. Tapi aku tertanya-tanya adakah benar kami sudah merdeka??? Adakah sekadar merdeka pada nama sahaja. Perangai masyarakatnya semakin hari semakin menjadi-jadi. Semakin banyak isu-isu di akhbar-akhbar berkaitan isu pembuangan bayi dan gejala sosial yang lain yang semakin membimbangkan.

Inikah yang dinamakan merdeka??? Namun aku sangat terkilan. Apabila tibanya detik kemerdekaan kita beramai-ramai berduyun-duyun ke stadium untuk meraikkan kemerdekaan. Banyak duit dan masa diperhabiskan untuk melaksanakan dan menyambut kemerdekaan. bagiku tidak salah, cuma apa yang kita dapat dari itu? pada pandanganku, pada hari dan masa itu semakin ramai dikalangan remaja kita yang semakin leka.

Ayuh kita semaikan dalam diri kita erti kemerdekaan yang sebenar-benarnya. Bukan hanya bebas dari penjajah tapi bebas dari pemikiran dan budaya-budaya barat yang semakin berleluasa. Ayuh kita kembali kejalan yang sebenarnya iaitu JALAN ISLAM berpandukan Al-Quran dan Al-Sunnah..

No comments:

Post a Comment

diantara sahabat-sahabatku yang di sayangi..

diantara sahabat-sahabatku yang di sayangi..
di dalam kelas maharat