I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, October 12, 2010

Tak mampu kehilngan cinta

alt



Ketika kedua suami isteri itu baru berpindah ke bandar, hidup mereka penuh ceria, penuh dengan gurau mesra.

Ada masa makan bersama, ada masa solat berjemaah bersama.

Walaupun pendapatan masih kecil kerana perniagaan yang mereka usahakan belum menjadi, tetapi mereka mengharungi kehidupan dengan seadanya.

Sikap saling memahami dan bertimbang rasa jelas terpancar.

Di kejauhan malam atau pada awal pagi sudah kedengaran suara mereka berdua bergurau dan berbual dengan mesranya.

Minggu demi minggu, bulan demi bulan dan akhirnya beberapa tahun mula berlalu. Perniagaan kecil-kecilan yang diusahakan dahulu semakin maju.

Untuk menguruskan perniagaan yang semakin berkembang, suami adakalanya pulang lewat petang. Manakala si isteri yang juga memulakan pernigaannya sendiri pun semakin sibuk.

Anak-anak pun semakin jarang bertemu dan berbual mesra dengan mereka berdua.

Namun, alhamdulillah keadaan ekonomi keluarga bertambah baik.

Mereka telah berpindah dari rumah yang sempit ke rumah yang lebih luas. Sekarang keluarga itu telah memiliki kereta yang besar.

Bukan sebuah, tetapi dua buah – sebuah untuk suami, sebuah lagi untuk isteri.

Entah kenapa, kemesraan yang dahulu semakin hilang.

Suami semakin leka dengan kawan-kawan seperniagaan dan pelanggannya. Manakala si isteri juga sibuk mempromosi produk jualannya.

Solat berjemaah, makan berjemaah yang dulunya menjadi tradisi semakin jarang dilakukan.

Apatah lagi untuk melihat suami memberi sedikit tazkirah untuk anak-anak dan kemudian keluarga itu saling bermaafan bersama seperti dahulu... hampir tidak pernah lagi.

Benarlah kata bijak pandai, apabila kita mendapat sesuatu, maka pada masa yang sama kita akan kehilangan sesuatu.

Kita tidak akan dapat kedua-duanya pada satu masa.

Justeru, pesan bijak pandai lagi, pastikan apa yang kita dapat lebih berharga daripada apa yang kita hilang.

Keluarga tadi mendapat apa yang mereka cari kemewahan dan keselesaan hidup, tetapi pada masa yang sama mereka sudah hilang kemesraan dan keharmonian dalam kehidupan berumah tangga.

Jika ditanyakan kepada hati nurani kita yang paling dalam, antara keduanya yang mana lebih berharga? Kemewahan hidup atau kerukunan rumahtanga? Tentu kita akan menjawab, kerukunan rumahtangga.

Bukankah kita mencari rezeki dan segala kemewahan hidup untuk membina sebuah keluarga yang bahagia?

Jika si suami ditanya, untuk apa kamu bertungkus-lumus bekerja siang dan malam?

Tentu jawabnya, kerana isteri aku! Begitulah juga jika ditanyakan kepada si isteri, tentu jawabnya kerana suami.

Dan jika ditanya kepada kedua ibu-bapa itu, untuk apa mereka berusaha, nescaya kita akan dapat jawapannya... demi anak-anak.

Malangnya, mereka dan kita sering tertipu, betapa ramai yang melupakan isteri, meminggirkan suami dan mengabaikan anak-anak semasa mencari kemewahan dan keselesaan hidup?

Kita sering terlupa yang kemewahan hidup - harta, rumah, kereta dan sebagainya bukan matlamat tetapi hanya alat dalam kehidupan ini.

Kita memburu alat untuk mencapai matlamat.

Ertinya, harta dan segalanya itu adalah untuk membahagiakan rumahtangga kita. Begitulah sewajarnya.

Namun, apa yang sering berlaku adalah kita sering tertukar. Alat jadi matlamat, matlamat menjadi alat.

Kebahagian rumahtangga sering jadi pertaruhan dan acapkali tergadai dalam keghairahan kita memburu kemewahan hidup.

Kita berkerja demi anak-anak, anehnya anak-anak kita abaikan semasa bertungkus lumus bekerja. Kita tidak sedar. Kita terus memburu dan memburu.

Bangun dari tidur, berkemas dan terus bekerja. Hampir senja baru pulang. Tidak cukup dengan itu ada lagi kerja yang kita bawa pulang ke rumah.

Tidak cukup lagi, kita keluar pula bertemu pelanggan dalam kerja-kerja 'part time'.

Begitulah kita hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan dan akhir bertahun-tahun.

Tiba-tiba kita tersentak, mengapa kita sudah jarang menikmati senyum dan gurauan isteri?

Mengapa kita sudah jarang mendapat sentuhan dan belaian suami?

Mengapa ketawa dan gurau senda sudah semakin hilang dalam rumah tangga?

Pada ketika itu, hati yang degil masih mampu memberi alasan. Aku sibuk. Aku sedang mengejar kejayaan dalam profesionalisme.

Sedikit masa lagi, perniagaan ku semakin menjadi.

Nantilah, bila segalanya sudah stabil aku akan kembali serius membina keharmonian keluarga. Nantilah, aku akan ini, aku akan ini...

Begitulah selalunya diri kita memberi alasan. Hati memberi justifikasi yang bukan-bukan.

Dan kita terus selesa dengan alasan, biarlah suami, isteri atau anak-anak berkorban sementara, nantilah kita akan bahagia!

Jangan keliru. Bahagia itu bukan hanya di hujung jalan tetapi bahagia itu ada di sepanjang jalan.

Temuilah bahagia ketika kita mencarinya. Carilah bahagia yang di sepanjang jalan itu dengan menggenggam rasa cinta sentiasa dan selamanya.

Carilah harta, tetapi genggamlah cinta. Carilah kemewahan hidup tetapi peluklah cinta itu sekuat-kuatnya. Jangan diabaikan cinta itu walau sekelip pun. Maknanya, tunaikanlah hukum-hukum cinta dalam apa jua pun keadaan.

Hukum-Hukum Cinta

Antara hukum cinta yang paling diutamakan adalah: Cinta itu memberi, cinta itu mendengar, cinta itu berkorban, cinta itu tanggungjawab, cinta itu mendoakan dan cinta itu memaafkan.

Contohnya, jangan kesibukan menyebabkan kita jarang lagi memberi masa, perhatian, senyuman, nasihat dan doa kepada pasangan kita.

Jangan hanya mengucapkan kalimah-kalimah cinta yang bersifat 'kosmetik' semata-mata. Tetapi luahkan dalam bentuk perbuatan dan tindakan yang dapat dilihat dan dirasakan.

Dan paling penting, jangan sekali-kali diabaikan cinta suci yang menghubungkan cinta antara suami dan isteri.

Cinta itu adalah cinta Allah! Jagalah cinta kita kepada Allah, insya-Allah, Allah akan terus menyuburkan cinta kita suami isteri.

Allah akan berikan hidayah dan taufik ke dalam hati kita untuk terus berpegang pada matlamat.

Kita akan sentiasa beringat bahawa dunia dan segala isinya ini hanya alat untuk memburu cinta Allah. Dan hanya dengan memburu cinta Allah maka cinta kita sesama suami isteri akan dikekalkan-Nya.

Dunia ini umpama lautan, ramai orang yang memburunya ditenggelamkan.

Dunia ini menipu daya, ramai pula manusia yang ditipunya. Betapa ramai orang yang memburu dunia dengan menggadaikan sesuatu yang menjadi miliknya yang sangat berharga.

Iman, kasih saying, cinta sering dilemparkan orang dilitar perlumbaan memburu dunia.

Dunia tidak salah, selagi kita memburunya dengan niat untuk beribadah. Kita jadikan dia alat untuk memburu kebahagiaan akhirat.

Jadilah dunia umpama kebun yang kita pagar, kita bersihkan dan kita tanam dengan pohon-pohon kebaikan yang hasilnya kita tuai di akhirat.

Jadilah dunia umpama jambatan yang kita lalui.

Pastikan ia teguh, kukuh tetapi kita tidak akan berlama-lama di situ... ia hanya jambatan. Tidak ada orang yang membina rumah di atas jambatan. Rumah kita yang hakiki ialah di syurga.

Jika ada rasa-rasa itu di dalam jiwa ketika kita memburu karier, kejayaan dalam perniagaan dan apa jua aktiviti keduaniaan, insya-Allah cinta dan kasih sayang tidak akan diabaikan.

Orang yang ada di dalam hatinya cinta Allah, sentiasa ada ruang yang lapang untuk mencintai sesama manusia lebih-lebih lagi suami, isteri dan anak-anaknya.

Dengan cinta itu kita akan menyelamatkan semua keluarga kita daripada neraka akhirat.

Dan neraka di akhirat itu hanya akan dapat kita hindari jika kita berjaya menyelamatkan diri dan keluarga kita daripada neraka dunia.

Apakah neraka dunia itu? Nereka dunia itu ialah hilangnya kasih sayang di tengah-tengah rumah yang besar.

Pudarnya cahaya wajah dan ketenangan hati di tengah sinar lampu yang beribu-ribu ringgit harganya di tengah ruang tamu rumah yang besar itu.

Dan hambarnya perbualan di dalam kereta mewah yang sering bertukar ganti.

Yang ketawa ria ialah pelakon-pelakon di dalam filem yang kita tonton, tetapi hati kita semakin kosong, gersang dan sayu entah apa puncanya!

Lihatlah Rasulullah SAW. Betapa sibuknya baginda... tetapi masih ada masa berlumba lari bersama Aisyah isterinya.

Betapa besar perjuangannya... tetapi masih mampu meluangkan masa bersama isteri yang hendak melihat tarian dan permainan pedang di suatu Hari Raya.

Ketika baginda kaya, dikorbankannya harta... kerana baginda tidak kehilangan cinta.

Ketika baginda miskin... dihadapinya dengan sabar kerana di dalam hatinya tetap ada cinta. Baginda tidak pernah kehilangan cinta kerana di dalam hatinya ada cinta yang lebih besar... cinta Allah!

Ayuh Intai-Intai Semula

Justeru, intai-intailah semula cinta di dalam rumah tangga kita. Masih bersinar atau sudah pudar? Jika sudah pudar, ayuh muhasabah kembali di mana puncanya? Apakah yang kita garap hingga kita sanggup menggadaikannya?

Ayuh, lihat kembali 'di mana Allah' dalam rumah tangga kita? Di mana solat jemaah, di mana zikir, di mana tazkirah, di mana sadakah, di mana bacaan Al Quran...

Di manakah semua 'ayat-ayat cinta' itu dalam rumah yang mungkin sudah semakin luas, kereta yang semakin mahal, makanan yang semakin lazat, tabungan kewangan yang semakin banyak?

Dan pandang wajah isteri, renung wajah suami... tatap lama-lama.

Bila kita terakhir kita bertentangan mata dalam keadaan yang paling tenang, harmoni dan syahdu? Sekali lagi bila?

Bukankah mata itu jendela bagi hati. Pertautan mata petanda pertautan hati?

Atau kita hanya melihat sekadar imbasan, tolehan dan pandangan, tanpa ada rasa cinta, kasih, mesra, kasihan, simpati, empati dan lain-lain perisa hati?

Apakah kita secara tidak sedar telah bertukar menjadi 'haiwan berteknologi' dalam belantara dunia meterialisma yang semakin ketandusan cinta?

Lalu, di kejauhan destinasi ketika sibuk menguruskan kerja atau perniagaan, sudi apalah kiranya suami atau isteri menghulurkan gugusan doa-doa yang paling kudus untuk pasangannya?

Atau ketika dia pulang nanti, kita sapa tangannya dan bersalam penuh mesra lantas berdakapan dengan hati yang terus berkata-kata, "inilah teman ku di dunia untuk menuju syurga!" Inilah yang semakin hilang dalam rumah tangga kini.

Kita memburu tanpa sedar bahawa kitalah yang sebenarnya diburu.

Diburu oleh kesibukan yang tiada penghujung, keresahan yang tiada penawar. Kekosongan yang tidak dapat di isi. Kerana hati tanpa cinta... adalah hati yang mati!

Carilah cinta kita yang hilang. Insya-Allah kita akan temuinya semula cinta itu di tempat, suasana dan masa ketika kita mula-mula menemuinya dahulu.

Bukankah kita bertemu kerana Allah? Bukankah yang menyatukan kita kalimah-Nya?

Bukankah tempat termaktubnya lafaz akad dan nikah di rumah Allah? Kembalilah ke sana.

Carilah kekuatan itu semula. Tidak ada manusia yang terlalu gagah untuk hidup tanpa-Nya. Dan tidak ada hati yang paling waja hingga mampu bertahan terhadap tipuan dunia tanpa cinta.

Renunglah mata isteri atau suami mu, carilah cinta itu di situ. Masih ada? Atau telah tiada?

Dan kemudian genggam erat tangannya. Mari kita cari semula cinta yang hilang itu bersama-sama!

Sayang... di kejauhan ini
Ku sentuh hatimu dengan rasaku
Debarnya debar cinta
Denyutnya denyut setia
Ku usap air matamu yang jernih
Dengannya ku sulamrasa kasih
Kutatap matamu yang duka
Di situ kutemui makna rela
Sayang.. dikejauhan ini
Ku sapa salam setiamu
Ku sambut senyum mesramu
Onak, duri dan jeriji besi ini
Tak kan menghalang bicara
... rasa kita berdua
Sayang, sayang, sayang,
Semakin terpisah...
cinta kita semakin indah
Semakin jauh...
kasih kita semakin kukuh
Kita boleh hilang segalanya
Namun kita tidak mampu kehilangan cinta!

Forum ilmu datang lagi...jangan lepaskan peluang keemasan ini..


Saturday, October 9, 2010

Copy sbb best..tpi tak thu lagu ke apa nih...hehe..

detik waktu terus berjalan

berhias gelap dan terang

suka dan duka tangis dan tawa

tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi

hadir bagai teman sejati

di antara lelahnya jiwa

dalam resah dan air mata

kupersembahkan kepadaMu

yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah

kadang tak setia kepadaMu

namun cinta dalam jiwa

hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati

tak sempurna mencintaiMu

dalam dadaku harap hanya

diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu

semua berakhir padaMu


Terimalah cintaku ini hanya untukMu...

Thursday, October 7, 2010

Alhamdulillah..syukur kepadaNya kerana dapat lagi ku meneruskan perjuangan hidup di muka bumi ini...walaupun banyak cubaan dan halangan yang melanda, insyaAllah perjuangan tetap di teruskan.

Kali ini saya nak kongsikan tentang sesuatu yang sangat menyentuh hatiku bile terbacanya..adakah aku layak untuk di gelar hambaMu yang sebenar2nya,,ya Allah andai sikap dan perbuatan ku ini tidak layak lagi untuk menjadi hambaMu yang sebenar2nya, tunjukanlah pintu hidayah untuk ku berubah ke arah yang lebih baik....

jom kita baca sama cerita yang saya copy dari seseorng sahabat yang tidak di kenali..semoga perkongsian ini mampu memberi kesan yang mendalam ke hati kita semua..insyaAllah..

RUANG UNTUK PERUBAHAN

aduyai...sejuk menggigil pulak pagi ni..akhirnya dapat jugak aku jejakkan kaki kat tasik ni. macam mengigau je aku hari ni, sekarang baru pukul 7,aku dah tercongok sorang2 kat tasik chempaka yang indah permai ni.biasanya weekend and time macam ni aku duk melilit dalam selimut lagi. kalau housemate aku jumpa aku macam ni, mau pengsan agaknya diorang..hahaha..

aku pun pelik macam mana aku terdetik jugak nak datang kat tempat ni. semalam sebenarnya dah semalaman aku berfikir dan aku tekad akan beri ruang waktu untuk aku berfikir hari ni.ye la..hari-hari aku duk ikut rutin harian yang sama ja..kerja..kerja..kerja..got no time for my otak to rest..hari ni full day aku nak relax jer. aku nak dapat sesuatu jugak hari ni.aku tekad!

terngiang2 perbualan aku dengan kak aisyah hari tu.

aku: akak, macam mana akak boleh jadi baik macam ni ea?kenapa saya tak sebaik akak?

kak aisyah:kenapa cakap macam tu dik..ALLAH ciptakan manusia tu memang sempurna. ciptaan ALLAH itu semua sempurna.cuma sifat kita berbeza-beza..yang baiknya adalah berusaha untuk cuba jadi hamba ALLAH yang terbaik. no one is perfect,but we have to think wisely how to make oursef perfect. jangan pernah cuba untuk putus asa dik..

aku: terpikir jugak tuk perubah kak..tapi tak dapat hidayah lagi..hihi

kak aisyah: dik..hidayah tu perlu dicari..bukan di nanti..dik,benda paling susah dalam dunia ini adalah berubah.tapi itu bukan satu alasan untuk kita tidak berubah.cuma jangan pernah berhenti untuk cuba berubah..ingat "people who are stop vever win anything"hmm..mcam ni dik.adik nak suggestion dari akak tak?

aku: nak2! saya nak cara senang nak jadi baik kak..hihi

kak aisyah: ok..jap ea..(sambil mengeluarkan satu nota kecik yang kosong..dia menulis sesuatu dalam nota itu,menutup dan menyerahkan nota itu padaku) ok dik..ambik ni. akak bagi hadiah.tapi adik kena janji,jangan bukak sampai tiba masanya ok?salah satu cara untuk jadi baik adalah jujur dan amanah.akak percayakan adik ni.

aku:ok2 kak..u can fully trust me..hihi (sambil mengangkat tangan tanda tabik)

kak aisyah: hihi..nakal ea..akak nak adik cari satu hari untuk adik bersendirian.satu hari tu akak nak adik cuba dapatkan sesuatu. kalau adik tak dapat apa2,jangan berganjak sampai adik temu sesuatu k.tekad dalam hati. kalau boleh adik cari tempat yang adik boleh lihat pemandangan yang indah. dan kalau boleh,pagi2..pkul 7 ke..lepas tu, akak nak adik duduk..tenangkan hati dan buka nota ni. ok?

aku:ok kak..insyaALLAH..beres..

kak aisyah: semoga adik temu sesuatu yang adik cari itu..

uit! lame jugak aku mengelamun flash back..aiyok..dah 7.15 da..aku akan cuba yang kak aisyah tu cakap. mungkinkah aku berubah hari ni?hihi..cam lawak je..aku bukan ape..aku kengkadang dengki gak tengok bebudak yang pakai tudung labuh tuh..nampak diorang tenang je..selalu gak aku ejek diorang (dalam hati la..) cakap yang tudung labuh tu bukannya alim sangat.. poyo jek.. tapi hakikatnya aku jeles..sebab aku ape yang ade.pranngai dah la macam setan... tergolong kalangan setan aku ni ye?hahaha..pelik jugak aku..dah tiba2 lahir dalam keadaan macam ni.nak buat macam mana.aku bukannya free hair pun. yang free hair tu aku budget dalam neraka dah kut.haha..aku ni kira baik lagi la..cuma perangai setan sikit je la..tudung aku suka yang fasion2..aduh,..macam mak nenek la aku kalau pakai kak aisyah tuh tudung..teringin nak pakai,tapi..taknak!! nanti macam mana aku nak belit tudung..takkan nak belit telekung tu plak..hahha..

mula2 aku macam nak tergelak la..mustahil aku akan buat apa yang kak aisyah cakap.bukak hati???no way!... tapi , semalam aku dapat berita kawan rapat aku seorang ni..sama umur dengan aku je.25 tahun gak.mninggal mengejut. jantung kata doktor.selama ni dia sendiri pun mungkin tak sangka yang dia ade jantung..dia jenis sempoi macam aku gak.kadang2 takut jugak.takut tak sempat nak bertaubat . kalau tetiba ALLAH amik nyawa aku?aku dah la satu habuk amal pun takde..sekarang aku memang nak berubah..tapi hati je berat sangat.nak solat pun susah.berat je...sekarang aku akan cuba buat ape yang kak aisyah cadangkan..chayouk2!

haish..dah 7.30 ni..hmm..indahnya..tenang kan hati..tenangkan hati...(aku menadah tangan)..bismillahirrahmanirrahim.. ya ALLAH..tunjukkan aku sesuatu ya ALLAH..hari ni aku betul2 nak berubah..aku mohon ya ALLAH..amin... aku pergi mendekati air tasik yang permai..hmm..tak de orang lagi. ya ALLAH..tenangnya..aku mengeluarkan nota kecil yang kak aisyah bagi dari dalam poket trek suit ku. bismillahirrahmanirrahim...aku membuka nota itu perlahan-lahan. aku baca muka surat yang pertama..

1. baca nota ini dengan hati..jangan baca dengan mata dan otak

2. ucapkan shahadah..

aku mengucapkan kalimah shahadah dengan bersungguh-sungguh..tiba2 aku rasa sebak sangat sangat..ya ALLAH..(air mata ku bertakung di tubir mata) aku bersaksi ya ALLAH..tiada tuhan yang layak disembah melainkanMU..aku bersaksi Rasulullah itu pesuruhMU.. ya ALLAH...aku hambaMU ya ALLAH..rasulullah..aku umatmu ya rasulullah...(aku tak tahu kenapa air mata ku mengalir disitu) aku sedih sangat mengingati apa yang telah aku lakukan sepanjang hidupku.. aku mebelek nota itu lagi..

3.di bawah tapak kakimu itu tanah..genggam tanah itu di gengamanmu..(dalam tangisan aku duduk lantas mengenggam tanah ,dan aku perhatikan tanah itu)

4.cuba perhatikan tanah itu..halusnya ia..siapakah yang menciptakan tanah itu?

mulutku pantas menjawab dalam dengan deraian air mata yang semakin laju.."ALLAH!!!!ALLAH yang mencipta tanah ini!!..ya ALLAH......ya ALLAH...." menangis aku sambil melutut ke tanah...ku gengam kemas tanah itu sambil menagis teresak -esak.. satu tangan lagi cuba ku belek helaian seterusnya..

5.lihat sekeliling kamu..siapa yang menciptakan alam ini?

aku memandang sekeliling..ya ALLAH...indahnya ya ALLAH...ini ciptaanMU ya ALLAH!! tangisan aku makin menjadi jadi..hati ku sebak yang teramat mengingati diri yang tak pernah mengingati akan pencipta..ya ALLAH...

6.siapakah pencipta alam ini semua nya..? "ALLAH!! ALLAH yang mencipta segalanya..."

7.akhirnya..lihat dan pegang anggota tubuhmu,letakkan tanganmu dibawah hidung mu..dapatkah kau rasa angin yang menandakan kau bernyawa?hayati dirimu..siapa yang menciptakan kamu????siapakah????

"ALLAH!!!!"aku rebah dan bersujud di tasik itu...sebelum aku berlari ke kereta dalam tangisan..aku membawa diriku kearah yang telah kutemui..aku ingin berjumpa dengan ALLAH...aku meneruskan perjalanan ke RUMAH ALLAH..(masjid). aku tak kisah orang nak kata aku ape..kenapa aku menangis..aku nak nak bersujud pada ALLAH sekarang juga..aku nak! sampai di masjid,cepat2 aku berlari ke tmpat mengambil wuduk.aku berwuduk sebaik mungkin dan mencapai kain solat,dan terus aku solat taubat. bersujud aku disitu..bagai tidak lagi aku mahu untuk bangun..dalam esak tangis hanya padaMU ya ALLAH...kaulah satu cinta yang selamanya aku cari ya ALLAH...

THE END

subhanallah...dalamilah hatimu wahai sahabat..berikan ruang untuk diri kamu berubah.

sumber dari blog seorang sahabat..:)

Monday, September 27, 2010

sEnyuM aDaLah SedeKaH


Rasulullah SAW bersabda bahawa anak keturunan Adam mempunyai kewajipan untuk bersedekah setiap hari sejak matahari mulai terbit.


Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya,

"Jika kami ingin bersedekah, namun kami

tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya?"


Rasulullah SAW bersabda,

"Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang

tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).


Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,

"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah

ibadah." (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).


Salah seorang sahabat, Abdullah bin Harith, pernah menuturkan tentang Rasulullah SAW,

"Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW." (HR Tirmidzi).


Walaupun ringan, senyum merupakan amal kebaikan yang tidak boleh diremehkan.

Rasulullah SAW bersabda, "Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apa pun, sekalipun itu hanya bermuka manis saat be

rjumpa saudaramu." (HR Muslim).


Mungkin kita sering berfikir bahawa sedekah itu berkaitan erat dengan harta benda seperti pemberian wang, pakaian, atau apa pun yang bisa langsung dinikmati penerima dalam bentuk bahan.Hal itu juga mungkin yang ada dalam fikiran para sahabat Rasulullah SAW, sehingga mereka sangat gelisah kemudian mempertanyakannya.


Oleh itu, tidak semestinya seorang Muslim membiarkan satu hari pun berlalu tanpa dirinya terlibat dalam kegiatan bersedekah.Jika kita punya wawasan sempit mengenai pengertian bersedekah, tentulah hal itu menjadi mustahil.


Di antara keistimewaan sedekah adalah menolak bala (musibah).


Dari Sayyid Ali Ar-Ridha, dari Sayyid Ja'far Ash-Shadiq, dari Sayyid Ali Zainal Abidin, dari Ali bin Abi Talib Radiyallahu Anhum, bahawa Rasulullah

SAW bersabda,"Sedekah itu dapat menghindarkan diri dari kematian yang tidak baik, menjaga diri dari tujuh puluh macam bencana. "

Wallahu alam Semoga kita bisa mengamalkan in

i dalam kehidupan kita.


Sunday, September 19, 2010

percubaan membuat kulit buku...chaiyok3x..

PINK VS OREN
Setelah berpenat lelah belajar melalui internet, akhirnya ada peningkatan.walaupun sedikit, tapi yang penting ada perubahan.hehe...percubaan kulit buku yang ke berapalah nih..tapi rasa macam ada kekurangn lagi.teruskan berusaha..terus berusaha.

...

diantara sahabat-sahabatku yang di sayangi..

diantara sahabat-sahabatku yang di sayangi..
di dalam kelas maharat